Tuesday, December 11, 2012

Sushi Pulut Kuning

2 Dis lepas majlis sambut menantu untuk adik lelaki tunggal saya di rumah mak, dia minta buatkan kek pulut kuning malam sebelum majlis, aduhai...mana ler akak dia ni pandai bab-bab menggubah. Nasiblah ada jiran mak dan kawan adik yang datang memeriahkan majlis telah menonjolkan bakat menggubah juadah pengantin dan kek pulut kuning, uisshh...menggelabah sungguh, pengantin dah abis berarak, juadah tak siap lagi. Tapi sempatlah dihidangkan sebelum pengantin dan rombongan menuju meja makan. Gambar pun tak sempat nak diambil, tunggu ler gambar2 dari cameraman kut ada terselit gambar makanan...hehehehe. Masa nak cari idea nak gubah tu search internet ada ternampak gambar sushi pulut kuning, terus dapat idea nak cuba buat. Selama hari ni tak teringin nak gulung sushi sendiri....belajar dari youtube berkali-kali tengok baru berani nak cuba. Beberapa roll yang pertama memang tak kemas lepas tu bolehlaa...setakat utk makan sendiri janji tak berterabur....hehehehe

Bahan-bahannya
3 cawan beras pulut
1 cawan beras biasa (cuci dan rendam semalaman kedua-dua jenis beras ni dengan air, sedikit garam & serbuk kunyit)
1 paket santan serbuk (santan asli lagi baik)
nori (seaweed)
sushi mat (tikar untuk menggulung sushi)
serunding ikan bilis sebagai inti (nak bubuh inti apa pun boleh)

Cara membuatnya
1. Kukus pulut seperti biasa. Panaskan pengukus dan kukus pulut 15minit. Kemudian gemburkan pulut dengan garfu, tuangkan santan dan kukus semula 10-15 minit lagi
2. Sejukkan pulut dan bolehlah mula menggulung sushi pulut kuning
3. Nori (seaweed yang lebar boleh dipotong 2)
4. Kalau tak pakai sarung tangan boleh basahkan sedikit hujung-hujung jari semasa meletakkan pulut di atas nori
5. Kosongkan hujung nori selebar 1/2 inci supaya mudah menggulung dan kemas - pulut/nasi tidak terkeluar dari nori
6. Isikan inti ditengah-tengah pulut/nasi
7. Gulung perlahan-lahan sambil ditekan-tekan supaya pulut padat.
8. Potong dengan pisau tajam yang dilap dengan kain lembap

Note: cuba tonton video di bawah untuk cara menggulung sushi (hosomaki sushi). Ada pelbagai jenis sushi - yang empat segi, yang tebal banyak inti, untuk permulaan saya cuba dengan 1 jenis inti sahaja


tadaaa....dah siap packing nak hantar rumah abg ipar - anak2 tido sana sehari dua. sedap tau!

Wednesday, November 21, 2012

Yong Tau Foo

Yong Tau Foo ni memang favourite saya. Saya cuba buat sendiri dari bahan-bahan celur, sup dan sos. Saya guna isi ikan talapia dan ikut resepi seperti yang dikongsikan oleh Cendana Kasih . Rasa fish paste masih tak sama dengan yang dibeli, mungkin kerana ikan talapia, next time akan cuba dengan ikan tenggiri. Kuah sup dan sos hitamnya pula saya ikut resepi dari Kak Nor Secubit Garam . Kuah sup saya ikut sepenuhnya, sos hitam tu saya tambah petis sedikit.

Bahan-bahan isi ikan
400g isi ikan talapia
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi
1/4 sudu kecil soda bikarbonate
2 ulas bawang putih ditumbuk halus (boleh juga gunakan garlic powder)

1. Kisar isi ikan talapia, bawang putih, garam, lada sulah - hingga lumat dan sebati
2. Masukkan tepung ubi & tepung jagung dalam mesin pengisar - kisar hingga sebati & kenyal
3. Bulat-bulatkan dengan sudu kecil atau sumbatkan ke dalam sayur yang digemari spt terung, bendi, peria & cili. Tauhu kering & kulit wanton juga boleh diisikan isi ikan ini
4. Didihkan kuah sup yong tau foo dan celur sayur dan fishball tadi, bila dah timbul dah masak, boleh biarkan  lebih lama lagi untuk sayur yang agak tebal

Sos Hitam Yong Tau Foo
Sumber: Secubit Garam
Olahan: Selera Dapur Kita

1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar Cili kisar (boleh lebihkan kalau suka pedas)
Sedikit belacan sebesar ibu jari
3-4 sudu besar gula melaka
1 sudu kecil petis

1 1/20 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air

1 sudu kecil garam
Sedikt gula pasir jika kurang manis
Bijan goreng tanpa minyak secukupnya

1. Tumiskan cili kisar dan belacan hingga naik bau
2. Masukkan air, gula melaka masak hingga mendidih
3. Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan petis
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Kacau selalu sehingga kuah pekat
6. Taburkan bijan goreng

Kuah Sup Yong Tau Foo
1 L air
15 ekor ikan bilis dikopek dan buang kepalanya
5-6 ulas bawang putih (tak perlu dikupas kulit)
1 labu bawang sederhana besar (dikupas kulitnya dipotong 4)
Kicap cair
Garam
Gula
Secubit kiub ayam
Lada sulah
Leek (kalau ada letak lah ya)

1. Rebus ikan bilis, bawang putih & bawang besar - rebus agak lama, kemudian tapis ambil airnya sahaja
2. Saya buang kulit bawang putih & kisar bahan tapis kemudian campurkan dalam sup - sup lebih berperisa!
3. Panaskan semula sup dan sesuaikan rasa dengan kicap cair, garam, gula dan bahan-bahan lain
4. Sup sudah sedia untuk mencelur/merebus fishball & bahan-bahan Yong Tau Foo yang lain

Musim-musim hujan yang sejuk ni sedap makan celur-celur camni :)

Tuesday, November 6, 2012

Kek Buah Kukus

Pengukus saya kecil jadi saya sangat kurang membuat kuih/kek yang dikukus, tapi teringin punya pasal cubalah juga buat Kek Buah Kukus ni. Hasilnya tidak mengecewakan cuma tak berapa lembap macam dalam gambar yang dikongsikan oleh Noor masri dari Dapur Digital. Next time akan cuba lagi utk hasil yang lebih moist!

Sumber: Noor Masri Dapur Digital
Olahan: Selera Dapur Kita

Bahan-bahannya
Loyang bulat 6 inci (kek naik cantik membumbung)
300g tepung gandum
60g gula caster
3 biji telur gred A
300g mentega
300g mix-fruits (saya guna 150g)
60g badam
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil black trackle
2 sudu kecil pes kek buah

1 cawan gula pasir + sedikit air untuk buat gula hangus
aluminium foil

Cara membuatnya
1. Gaulkan mix fruits dengan sedikit tepung gandum supaya buah-buahan campuran ini tidak mendak
2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonate & cream of tartar dan ketepikan
3. Pukul mentega dengan gula caster hingga kembang dan sebati dengan hand whisk sahaja
4. Masukkan esen vanila, pes kek buah & black trackle ke dalam adunan dan kacau sebati
5. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati tak perlu pukul lama nanti kek akan kering
6. Masukkan tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan dalam satu arah sahaja hingga sebati
7. Masak gula dalam periuk non-stick dengan api kecil hingga gula cair bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit air, kacau rata & cepat menggunakan senduk kayu (jangan guna spatula plastik kerana kepanasannya boleh mencairkan spatula plastik nanti)
8. Dengan pantas tuangkan gula hangus ke dalam adunan tepung dan kacau sebati cepat-cepat
9. Masukkan mix fruits dan badam - kacau sebati, jangan terlalu lama
10. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah dilapik dan dilenser dengan mentega dan ditabur tepung sedikit. Tutup loyang dengan aluminium foil agar air kukusan tidak masuk ke dalam kek
11. Kukus kek selama 4 jam (panaskan pengukus terlebih dahulu)

sedap sedap sedaaaappp

Wednesday, October 24, 2012

Ayam Kukus

Biasanya masak ikan kukus, kali ni ayam kukus pula. Sangat-sangat simple, senang, cepat, sedap, sihat & tidak mengotorkan dapur :)

Sumber: Potretkasih.com
Olahan: Selera Dapur Kita

Bahan-bahannya
Ayam 1/4 ekor
Halia muda 1-2 inci (dihiris nipis)
Bawang putih 3-4 ulas (dihiris nipis)
Garam
secubit kiub ayam

Cara membuatnya
1. Panaskan pengukus
2. Bersihkan ayam dan lumur dengan garam
3. Gaulkan halia & bawang putih
4. Taburkan secubit kiub ayam
5. Kukus selama 30-40 minit
6. Hidangkan dengan timun/tomato/salad pun boleh, tapi kali ni hidang dengan nasi panas je pun dah sedap! :) Jemput makan!
 ayam_kukus1_zps969d5a6e.jpg
fuhh! tak sangka simple masakannya dan sedap!

Saturday, October 20, 2012

Kuih Kaswi

Lama juga tak update blog ni, agak sibuk di tempat kerja. Buat kuih ni dah dekat 3 minggu lepas, teringin sangat nak makan. memang sedap!

Sumber: Siti Delima - Dari Dapur CT
Olahan: Selera Dapur Kita

Bahan-bahan A
1 1/2 cawan gula merah (saya guna gula melaka)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan disimpul

Bahan-bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi (saya ganti tepung jagung)
3 cawan air
2 sudu besar air kapur (saya tak letak sebab kapur tak de)

Kelapa parut dikukus sebentar dan digaul garam

Cara membuatnya
1. Satukan bahan A, masak atas api sederhana sehingga larut. Sejukkan
2. Sebatikan bahan B kacau rata dengan senduk kayu
3. Satukan bahan A dan B, kacau rata dan tapis
4. Tuang dalam loyang yang sudah disapu dengan minyak sedikit. Saya gunakan acuan kuih lompang.
5. Susun acuan lompang dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil
6. Kukus selama 20-30 minit
7. Sejukkan sebentar kemudian hidangkan dengan kelapa parut
ngap ngap tak hengat ntah berapa ketul dah dimakan....lembut , sedap & cukup rasa!

Tuesday, September 25, 2012

Kuih Akok

Kelmarin masa masak kuah lontong, dengan confidentnya saya koyakkan paket santan serbuk, bila tengok di dalam kenapa warnanya kehijauan???...laaaa santan dengan pandan rupanya waduhhh....nasib tak terus bancuh dan nasib juga saya ada balance santan serbuk original untuk masak kuah lontong. Paket dah terbuka luas ni mana boleh simpan lama-lama...search punya search nampak resepi kuih akok - dah lama tak makan. Bahan pun simple. Buat pakai acuan bahulu & tin muffin. Lembut & sedaaapp....:)

Sumber: zaliana
Olahan: Selera Dapur Kita

Bahan-bahannya
5 biji telur
1 paket santan serbuk 50g dibancuh air dan jadikan 200ml
100ml air
150g gula melaka
30g tepung gandum
secubit garam
daun pandan disiat-siat (saya tak letak)

Cara membuatnya
1. Panaskan oven dan acuan bahulu/muffin
2. Masak gula melaka dengan 100ml air hingga gula larut, tutup api
3. Biarkan suam, baru campurkan santan, telur dan tepung gandum & garam. Kacau sebati
4. Apabila oven dah panas dan acuan juga cukup panas, keluarkan acuan dan lenserkan acuan dengan minyak masak
5. Tuang penuh adunan ke dalam acuan anggaran dalam 1 inci. Kalau acuan bahulu saya penuhkan terus, acuan muffin saiz paling besar saya isi dalam 1 inci tingginya
6. Bakar dengan suhu 180C selama 10 minit atau sehingga masak, jangan sampai hangus
7. Adunan akan mengembang/menggelembung besar, apabila dikeluarkan ia akan kecut dan berkedut-kedut
8.  Keluarkan dari oven dan sejukkan 
kalau guna santan asli lagi sedapp!

Monday, September 24, 2012

Brownies

Lama tak buat brownies. Cuaca panas begini teringin nak makan brownies dengan ice cream. Untuk brownies simple saya selalu ikut resepi dari Joy Of Baking Tapi kali ni hasil agak tidak berapa cantik, agaknya suhu oven terlebih panas. Apapun rasanya tetap maintain....:)

Sumber: Joy Of Baking
Olahan: Selera Dapur Kita

Bahan-bahannya
150g dark choolate
115g mentega
200g gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
3 bji telur (gred A)
95g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil garam (masukkan ke dalam tepung dan ayak)
3/4 cawan choc chip
1/4 cawan badam cincang (saya tambah)

Cara membuatnya
1. Cairkan coklat dengan mentega secara double boiling
2. Alihkan dan masukkan gula & serbuk koko, kacau hingga sebati
3. Masukkan esen vanila & telur satu persatu, kacau rata
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Masukkan choc chip dan badam cincang
6. Tuangkan dalam loyang yang sudah dilapik dengan kertas membakar dan sudah dilenser dengan mentega
(Saya sudukan ke dalam mangkuk kertas yang paling kecil - jadi tak perlu lenser dengan mentega)
7. Bakar pada suhu 140C selama 25-30 minit atau sehingga masak
8. Sejukkan atas redai - brownies lebih sedap dimakan keesokkan harinya sebab rasa bahan-bahannya cukup mesra.
9. Boleh dimakan dengan ice-cream

makan dengan ice-cream vanila....emmm nyummy!

ni brownies yang dibuat awal tahun tu hari licin je permukaannya walau merekah

Tuesday, September 18, 2012

Carrot & Walnut Cupcakes

Kek carrot ni biasanya dengan cream cheese frosting tapi saya buat kek dalam bekas kecik-kecik senang nak ngap. Kek carrot ni salah satu cara nak suruh anak kita makan sayur, bila suruh rasa kek semua kata sedap padahal carrot dalam masakan lain tak dimakan. Resepi ni memang sesuai sedap tidak terlalu manis & tidak memuakkan. Terima kasih kepada penyumbang resepi ini

Sumber: newbie123.
Olahan: Selera Dapur Kita (saya buat 1/2 adunan)

Bahan-bahannya
2 1/2 cawan lobak merah diparut
4 biji telur
1 cawan minyak masak (saya guna mentega dicairkan)
1 1/2 awan gula putih (saya guna gula caster)
2 awan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
1/2 sudu teh garam
1 cawan walnut/pecan (dicincang) - saya guna walnut

Cara membuatnya
1. Pukul gula dengan telur menggunakan handwhisk atau senduk kayu je, sekadar dua bahan tersebut sebati, bila dah sebati masukkan mentega cair kacau sebati lagi. Masukkan esen vanila.
2. Di dalam bekas lain ayakkan tepung bersama-sama baking powder, soda bikarbonate, garam, serbuk pala & serbuk kayu manis
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur+gula+mentega dan gaul rata
4. Masukkan lobak merah yang sudah digaulrata dengan sedikit tepung supaya lobak merah tidak mendap semasa dibakar
5. Masukkan walnut dan kacau rata
6. Sudukan ke dalam bekas kek cawan/ atau loyang pembakar
7. Bakar pada suhu 150C selama 30 minit atau sehingga kek masak

ini pun dah sedap, kalau dengan cream cheese frosting lagi sedap!

Saturday, September 15, 2012

Agar-agar Sirap Selasih

Panas-panas ni sedap kalau dapat makan agar-agar yang sejuk & manis....nyaman je tekak tu kan? :)) Senang membuatnya dan cepat siap.
 
Sumber: Mas dari Dapurmas
Olahan: Selera Dapur Kita

Bahannya
25g agar-agar bertali (saya guna agar-agar serbuk)
125ml pati sirap (saya guna pati sirap yang dah bergula)
240g gula (saya kurangkan jadi 160g)
1.25 liter air
sehelai daun pandan
sedikit pewarna merah/pink
biji selasih secukupnya (direndam air panas)

Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan kecuali selasih
2. Masak atas api sederhana sehingga agar-agar & gula larut atau nak confirm biar mendidih dan berbuih-buih
3. Tutup api dan alihkan dari dapur
4. Cedukkan 1/2 sudu kecil selasih yang sudah kembang ke dalam acuan
5. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan
6. Sejukkan, kemudian baru dimasukkan ke dalam peti sejuk
7. Keluarkan agar-agar dari acuan

Friday, September 14, 2012

Serunding Ikan Bilis

Anak-anak suka makan popia mini, buat sendiri memang lebih jimat belanja dan ikut selera kita tetapi perlu luangkan masa untuk menyediakan serunding dan menggulung popia tu. Bila dah siap kejap je dah tinggal sikit tapi lapang hati tu sebab anak-anak kata sedap!

Sumber: Myresipi siti nur
Olahan: Selera Dapur Kita

Bahan-bahan serunding ikan bilis
200g ikan bilis putih
20 tangkai cili kering (saya guna 2 sudu besar cili kisar Puteri)
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
6 batang serai (saya guna 3 batang serai je dan dihiris halus)
250g santan pekat
1 sudu kecil jintan (dikisar)
1 sudu kecil biji ketumbar (dikisar)
1 labu bawang besar (kuning)
garam & gula secukup rasa
1 paket kulit popia saiz kecil (saya potong 4 kemudian setiap bahagian segiempat itu dipotong 2 menjadi bentuk segitiga)
 minyak untuk menggoreng penuh

Cara membuatnya
1. Ikan bilis direndam sekejap, dibilas dan dikisar bersama bahan-bahan lain
2. Masukkan semua bahan bersama santan dan masak hingga kering dengan api sederhana
3. Kalau masih belum betul-betul halus, apabila serunding kering, kisar lagi dengan pengisar kering
4. masak hingga serunding kering
5. Lipat/simpul dengan kulit popia. Sekiranya lipat gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air sebagai gam untuk melekatkan kulit popia
6. Cara melipat popia mini - letakkan serunding dibahagian paling lebar segititiga tersebut, lipat kiri kanan dan gulungkan bahagian yg lebar tadi, sapu gam pada hujung kulit popia yg tirus.
7. Apabila popia sudah siap digulung jemurkan sekejap supaya kulit popia lebih garing apabila digoreng nanti
8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana, kulit popia mudah hangus jangan goreng terlalu lama

* Hasilnya banyak juga, sebab 1 paket kulit popia tu habis digulung tapi serunding masih banyak

sedaaapp rasa pedas-pedas sikit boleh dimakan dengan pulut atau lemang juga




krup krap krup krapp....sedap je makan nak menggulungnya lama...











Thursday, September 6, 2012

Kuih Siput Rangup

Teringin sangat nak buat, bukannya teringin nak makan......hehehe macam-macam kan? Memang rangup dan sedap kuih siput resepi dari Cendana Kasih ni. Jom buat kuih siput!

Bahan-bahan
100g mentega
2 cawan tepung gandum

Bahan untuk dikisar
1 sudu besar cili kisar Puteri
2 tangkai daun kari
1/2 biji telur
1 sudu teh jintan manis
10g udang kering (lagi banyak lagi sedap)
2 biji bawang kecil
1 cawan air
garam, gula secukup rasa

Cara membuatnya
1. Gaul mentega dengan tepung hingga jadi macam serbuk roti
2. Masukkan bahan kisar ke dalam adunan tepung
3. Tambahkan garam dan gula ikut rasa masing-masing
4. Uli hingga sebati - kalau masih melekat tambah tepung lagi hingga adunan tidak melekit (adunan memang lembik sedikit sebab itu menjadikannya rangup)
5. Lenyek atas acuan kuih siput kecil-kecil
6. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan, goreng dengan 2-3 tangkai daun kari.

patut laa namanya kuih siput, membuatnya perlahan macam siput, makannya sekejapnya habiss ;))


Tuesday, August 28, 2012

Biskut Red Pearl

Antara biskut raya tahun ini. Sedap & rangup disukai ramai! Buat 2 adunan pun kejap je abisss....Terima Kasih kepada penyumbang resepi ini, saya dapat dari dapur Zack.

Bahannya
150g mentega
150g tepung biskut/top (Buttercup)
75g gula caster
60g cornflakes (Nestle)
50g choc chip
25g badam cincang
1 sudu kecil esen vanila
ceri merah untuk hiasan

Caranya
1. Pukul mentega dengan gula hingga sebati (tak perlu sampai kembang/pucat), tambahkan esen vanila
2. Campurkan semua bahan lain kecuali ceri merah
3. Kacau hingga rata
4. Sudukan adunan ke atas loyang pembakar yang sudah dilenser dengan mentega/minyak sayuran dan hiaskan dengan ceri merah
5. Bakar hingga garing (suhu 130C 20-25 minit)

anak tanya kenapa namanya biskut red pearl bukan biskut cornflakes? saya jawab - yang penting sedapkan? :))

Friday, August 24, 2012

Tempe Ungkep

Selamat Hari Raya Aidilfitri, dah hampir seminggu beraya mungkin dah jemu dengan menu ayam & daging, jom ubah selera dengan tempe ungkep. Tempe ni memang favorite kami sekeluarga. 

Bahannya
A
2 paket tempe (paket plastik)
3 helai daun salam (bay leaf)
air secukupnya (2 cawan)
garam & gula secukup rasa


8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 sudu besar ketumbar (direndam ai panas dan ditumbuk halus)
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 batang serai

Cara membuatnya
1. Potong tempe jadi bentuk segitiga atau bentuk yang disukai
2. Kisar/tumbuk halus semua bahan B
3.Masukkan semua bahan A dan B ke dalam periuk
4. Renihkan dengan api perlahan sehingga air kering (lagi lama lagi bagus supaya rempah serap sepenuhnya, kalau air cepat kering tambah lagi air panas, biar tempe agak lembik direnih tapi jangan sampai hancur!)
5. Apabila air sudah kering, sejukkan tempe, kemudian goreng dalam minyak penuh. Goreng dengan rempah-rempahnya sekali.
6. Hidangkan dengan nasi panas.

terbaekkk!!!

Monday, August 13, 2012

Caterpillar Cookies

Dah lama nak cuba buat biskut ni, akhirnya jadilah biskut kedua raya tahun ini. Bahannya sikit, buatnya pun mudah tapi saya buat tak de rupa caterpillar ler....tak pe ler asal boleh makan. Biskut ni rapuh mudah pecah.

Bahannya
500g tepung jagung
180g mentega
180g gula icing
3 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
1. Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila
3. Masukkan tepung dan adun sehingga menjadi doh
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag
5. Bentukkan seperti caterpillar (ulat beluncas)
6. Kalau rajin bintikkan dengan pewarna merah sebagai mata ulat beluncas (saya tak rajin...hehehe)
7. Biarkan biskut yang sudah dibentukkan selama 2 jam
8. Lepas 2 jam baru bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit (boleh adjust ikut oven masing-masing)
9. Kalau suka garing biar lama sikit hingga warna keperangan
10. Tunggu sejuk susun dalam telap kedap udara

tak sabar nak rasa ni....

Sunday, August 12, 2012

Tomyam Pok Tek Extravaganza

Ini menu utama iftar 21 Ramadhan. Tomyam Pok Tek ni bezanya sebab ada tambahan santan. Sedap tau semua rasa ada - masam, manis, masin & lemak. Bulan puasa tahun ni dah 2 kali masak menu ni. Yang jadi extavaganza tu sebab ada lobster - susah nak dapat dengan harga yang murah!

Bahan-bahan

5 ekor lobster (optional)
3 ekor ketam
12 ekor udang harimau
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
3 ulas bawang putih (hiris atau ketuk je pun boleh)
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai - dititik
Jagung muda
kobis bunga
1 batang lobak merah
1 biji capsicum
6 biji white button mushroom
beberapa biji tomato kecil
5 helai daun limau purut
1 biji limau nipis (diperah jusnya)
Cili padi (kalau tak suka pedas tak payah pun ok)
2 kiub pati tomyam
1 tin kecil tomato puri
1 kotak kecil santan
2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara memasak
1. Didihkan air dalam periuk, masukkan tomato puri, kiub pati tomyam, serai, lengkuas, halia biarkan bahan-bahan sebati sehingga naik bau (lebih kurang 10-15 minit)
2. Masukkan lobster & daun limau purut - hingga lobster separa masak
3. Masukkan ketam, lobak merah & jagung muda- hingga ketam separa masak
4. Kemudian masukkan udang harimau, kobis bunga dan tomato
5. Akhi sekali baru masukkan santan
6. Perisakan dengan garam gula dan perahan limau nipis

alhamdulillah....sedap sampai habis kuah dihirup

Saturday, August 11, 2012

Penang Char Kuey Teow

Menu ni memang favorite kami sekeluarga, biasa beli je dari satu warung di sini, bulan puasa ni tak tau mana brother tu niaga. Pernah juga buat sendiri pakai rencah ready made, kali ni nekad aje try resepi dari internet. Syukur menjadi dan sedap! Macam yang selalu dibeli, hubby kata perfect! Masa untuk memasak juga singkat. Saya agak rahsianya ialah pada penggunaan petis. Terima Kasih che'iza dari Myresipi yang telah berkongsi resepi marvelous ini

Bahan untuk paste Char Kuew Teow

200g udang
250ml air
4 ulas bawang putih (diketuk)
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat (saya tak letak-tak de stok)
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap Char Kuey Toew (saya tambah)
1 sudu kecil petis
2 sudu besar pati ikan bilis/udang (saya tak letak)
garam & gula secukup rasa

Bahan untuk mi
1 paket kuey toew
2 sudu besar cili boh (lebihkan jika suka pedas)
kucai
taugeh
udang/sotong/kerang
2 biji telur
3 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya
1. Rebus udang, bila udang masak angkat udang dan masukkan semua bahan untuk paste char kuey teow (kecuali udang) dan rebus hingga pekat
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili boh hingga berbau harum. Tambahkan paste char kuey teow 3-4 sudu besar atau secukupnya (lebih boleh simpan) dan secawan air (char kuey teow ni berkuah sikit), masak hingga mendidih.
3. Masukkan kuey teow, udang/sotong/kerang, kucai & taugeh, dan telur.
4. Masak sebentar sambil dikacau agar telur rata dan kuah memekat sedikit
5. Hidangkan panas-panas

nyum nyum sedapnya.....

Monday, July 30, 2012

Cowboy Cookies

Apehal ler berkenan sangat nak try biskut ni, sebenarnya ada stok walnut dah beli tapi tak tau nak buat apa. Rasa biskut ni seakan-akan biskut choc chip, biasa biskut choc chip menggunakan badam, biskut Cowboy ni menggunakan walnut atau pecan. Sedap tau rangup & rapuh!

Sumber: Joy of Baking
Olahan: Selera Dapur Kita

Bahannya

115g mentega
70g gula perang
50g gula castor
1 biji telur gred A
3/4 sudu kecil esen vanila
130g tepung gandum
34 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1 cawan rolled oats
1/4 cawan walnut (dicincang kasar)
1/8 cawan kelapa keing
1/4 cawan choc chip
1/4 cawan kismis

Cara membuatnya 

1. Putar mentega dengan gula castor dan gula perang hingga halus
2. Masukkan telur dan esen vanila putar hingga kembang
3. Ayak tepung gandum dengan baking soda
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Masukkan oat, walnut, kismis, choc chip
6. Adunan sangat lembik, sudukan dan terus susun atas loyang. Susun jarak sedikit antara biskut
7. Bakar pada suhu 150C selama 25minit atau hingga garing
yeeehah!jom makan... krup krap krup krap

Saturday, July 28, 2012

Durian Puff

Sebelum puasa tu hari hubby beli 3 biji durian. Ada 1 biji tu tak berapa cun untuk dimakan begitu saja, selalunya jadi bahan buat bubur je lah tapi kali ni teringin nak cuba puff durian macam kat blog Yat Easybakes. Sedapnya cream durian tu macam makan isi durian juga rasanya!

Bahan untuk Durian Cream
110g isi durian
150ml susu segar
55g gula pasir
20g tepung jagung
1 biji kuning telur (saya lupa nak letak!)
1/8 sudu kecil garam
1/2 cawan whipping cream (saya tak letak juga...next time kalau letak mesti lagi sedap!)

Cara membuat Durian Cream
1. Kisar isi durian dengan susu
2. Tuang isi durian dalam periuk kecil dan masukkan gula+garam masak dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Tambahakan tepung jagung, kacau dengan cepat dan sebati
4. Masukkan kuning telur, kacau lagi
5. Sejukkan cream, simpan dalam peti ais
6. Putar whipping cream, campurkan dengan durian cream tadi, kacau perlahan hingga rata
7. Simpan dalam peti sejuk

Bahan dan cara membuat untuk puff seperti saya pernah buat Cream Puff dulu

emmm.....nyum nyum

Friday, July 27, 2012

Chocolate Tart

Selamat berpuasa!!! Kejap je dah 7 Ramadhan, baru ler sempat nak update. Ini pun simple je manisan iftar seminggu lepas. Tart shell ni saya order dari sepupu di JB, bagi kami sekeluarga memang sedap dan rapuh pastrinya. Sesiapa berhajat boleh order tart shell dari Lin delicioushalalcake.blogspot

Bahannya
Tart shell
Almond slivers (dibakar sekejap) secukupnya
75g Whipping cream
125g Dark chocolate
1 sudu besar Cocoa butter/butter

Cara membuatnya
1. Bakar tart shell 5 minit (untuk mendapatkan kerapuhan pastri semula)
2. Bakar almond 5 minit (selepas bakar tart shell, saya tutup oven dan biarkan almond dalam oven - untuk mengelakkan terhangus)
3. Masak ganache secara double boiler - coklat, cream dan cocoa butter dikacau hingga larut dan rata semuanya
4. Masukkan ganache ke dalam piping bag
5. Isi almond yang telah dibakar ke dalam shell.
6. Penuhkan shell dengan ganache
7. Masukkan dalam freezer 2-3 minit untuk keraskan ganache
8. Hiaskan sesuka hati - saya hias dengan cream cheese lebihan buat cheese tart

sebelum isi ganache

dah siaappp....:)


Monday, July 2, 2012

Lidah Goreng Kunyit

1st time masak ni selalunya beli je di kedai tomyam. Masak simple je lah macam daging/ayam goreng kunyit. Perap dengan kunyit selama 1 jam lepas tu goreng lidah dulu separa kering baru masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi, perasakan dengan garam dan minyak bijan pedas. Dah siap...tapi macam liat sikit, mungkin kena rebus dulu laa...;)

Bahannya
lidah lembu
kunyit serbuk
bawang besar
bawang putih
cili padi
sedikit minyak untuk menumis
sedikit minyak bijan pedas
garam secukup rasa

Sunday, July 1, 2012

German Cookies

Buat biskut ni sempena German kalah dalam perlawanan bola baru-baru ni.....boleh ke? Memang sedap, cair dimulut! Satu adunan tu sekelip mata je abis. Ramai blogger masak telah mencuba resepi ini, HasueKak Nor Secubit GaramRos Jintan Manis dan ramai lagi, rugi tau tak cuba....:)

Bahannya
125 gram mentega
125 gram tepung kentang
80 gram tepung halus (superfine)
40 gram gula icing (saya guna gula castor)

Caranya:
1. Ayak tepung kentang & tepung superfine
2. Putar mentega + gula hingga kembang
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, adun sebati
4. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat-bulat, susun di loyang pembakar,dan tekan dengan garfu di atasnya
5. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit, atau hingga garing
6. Keluarkan dan sejukkan. Biskut ni sangat rapuh dan mudah pecah

Friday, June 29, 2012

Chocolate Mint

Dah kemaruk buat chocolate ni....hik hik hik. Father's Day tu hari tak dapat buat apa-apa cuma gi celebrate makan-makan.

Thursday, June 21, 2012

Homemade Chocolate

Bz tak sempat nak update, tak sempat nak try resepi-resepi baru, masak yang biasa-biasa je. Buat sementara ni, silalah jamu mata homemade chocolate untuk Majlis Cukur Jambul anak-anak saudara, ada strawberry, ada yang isi rice bubble & ada yang dicampur dried fruits.:)

Monday, June 4, 2012

Eggless OREO Chocolate Cake

OREO again...:) Nak cuba sebab mudah sangat caranya, tak perlu mixer Macam brownies pun ada kek ni

Sumber: kak fida

Bahannya (loyang bulat 7 atau 8 inci)
360ml susu segar
100g gula caster
2 sudu kecil serbuk nescafe (saya tak letak)
160g coklat masakan (saya guna dark chocolate)
120g mentega
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
12 keping biskut OREO (dicincang - jgn buang krim)

Caranya

1. Masak atas api kecil susu, gula & serbuk nescafe - hingga gula larut
2. Masukkan mentega diikuti dengan coklat masakan - kacau sebati, ketepikan dan biar sejuk
3. Ayak tepung dengan baking powder
4. Masukkan OREO ke dalam adunan mentega, kemudian masukkan tepung - kacau rata
5. Tuang dalam loyang yang sudah digris dengan mentega
6. Bakar selama 45-60minit - suhu 140-160C



OREO + coklat = sedaaapp, lembut & lembap kek ni, yang putih-putih tu krim OREO, saya cincang kasar-kasar

Tuesday, May 22, 2012

Biskut Dahlia

Adik minta buatkan 2-3 jenis biskut untuk salah satu daripada hantarannya. Jenuh juga memikirkan apakah biskut yang sesuai. Last-last buat biskut Dahlia yang sebenarnya saya pun teringin nak makan....dah lama tak merasa biskut ni hehehe. Anak-anak pun suka! Tangan ni tak seni rasa susah benar nak menekan acuan semprit tu hehehe

Sumber: Noorjannah
Bahannya
225g mentega
110g gula icing
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
70g tepung jagung
120g tepung kastad
170g tepung red rose/tepung andum
ceri merah secukupnya untuk hiasan

Cara membuatnya
1. Putar mentega dengan gula icing hingga sebati (dengan senduk kayu sahaja)
2. Masukkan kuning telur & esen vanila - kacau rata
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit
4. Gunakan acuan dahlia/semprit dan pamkan terus ke loyang
5. Hiaskan dengan ceri merah
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15-20 minit pada suhu 140-150C
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Tuesday, May 15, 2012

Chocolate Praline

Sempena Hari Guru esok ni anak-anak minta buatkan sesuatu untuk guru mereka. Pernah dulu buat Truffles tapi nak di bawa ke sekolah rasanya mudah sangat lembik/cair. Jadi cuba-cuba lah buat homemade chocolate praline ni. Ahad lepas dah test, anak-anak cakap macam 'Snickers' lah!

Bahan untuk Caramel - Sumber: nzfavouriterecipe
1/2 tin susu pekat manis
60g mentega
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar maple syrup
1 sudu kecil tepung jagung
Kacang tanah secukupnya (dicincang kasar)

Cara membuatnya
1. Campurkan semua bahan kecuali kacang dan masak dengan api kecil/sederhana sehingga pekat. Adunan hendaklah dikacau selalu agar tidak berketul
2. Biarkan sejuk, baru masukkan ke dalam piping bag

Bahan untuk coklat
1 kg coklat (apa-apa jenis)
1 sudu besar cocoa butter

Cara membuat coklat
1.Cairkan coklat milk compound/dark chocolate/white chocolate yang sudah dicincang halus, campurkan sedikit cocoa butter sebagai pengilat. ( 1 kg coklat memerlukan 1 sudu besar cocoa butter)
2.Cairkan dengan kaedah double boiler. Masak air hingga mendidih, tutup api dan letakkan mangkuk berisi coklat ke atas periuk/bekas air panas tadi. (bekas air panas hendaklah lebih kecil daripada bekas coklat)
3. Kacau sehingga coklat benar-benar cair dan sebati dengan cocoa butter
4. Tuang sedikit coklat ke dalam acuan- anggaran 1/4 isipadu acuan, kemudian lenggang-lenggangkan acuan supaya coklat dapat menutupi seluruh acuan
5. Simpan dalampeti ais selama 1 minit
6. Keluarkan dari peti ais dan isikan kacang serta caramel, ketuk-ketuk/hentak-hentak perlahan acuan. Kemudian penuhkan acuan dengan coklat menutupi seluruhnya. Hentak-hentak lagi acuan untuk mengeluarkan gelembung udara
7. Simpan dalam peti ais selama 3 minit.
8. Siaplah, hias sesuka hati jika mahu. Simpan dalam peti sejuk


nampak berwap tu baru keluar peti sejuk, akan update gambar chocolate praline yang dipotong tengah supaya nampak isi dalamnya....:) "Selamat Hari Guru!"

Thursday, May 10, 2012

Cheese & Chocolate Mousse Cake

Sebenarnya teringin nak buat Kek Chocolate Indulgence tapi malasnya nak mem'baking', nampak pula ada kawan fb yang buat kek ni, tak sabar-sabar nak cuba. Nampak macam leceh sebab banyak step, tapi sambil-sambil memasak lauk dan mengemas dapur dah siap...Terima Kasih pada Dapur Kak Zu yang telah berkongsi resepi ini, saya derhaka pada nama je, resepi sama. Boleh zass ke blog Kak  Zu :)

Bahan untuk base 
120g biskut crackerTiger
70g mentega (dicairkan)

Kisar halus biskut dan gaul dengan mentega hingga boleh dikepal, tekan atas loyang sebagai dasar kek (loyang loose tin 8 inci). Simpan dalam peti sejuk 30 minit

Bahan Lapisan Cheese (putih)
250g cream cheese (biarkan pada suhu bilik)
120g gula castor
150g whipping cream
2 keping biskut cracker Tiger (optional)
80ml susu segar (panaskan)
1 1/2 sudu besar gelatin (larutkan dengan susu suam - biar gelatin kembang)

Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Masukkan gelatin - putar sebati. Kemudian masukkan cream ke dalam adunan cheese. Tuang adunan atas lapisan biskut tadi, sejukkan dalam peti sejuk 1-2 jam

Bahan Lapisan Chocolate Mousse
250g whipping cream
1 sudu besar gelatin (larutkan dengan 50ml air suam)
50g serbuk koko + 80g gula icing (larutkan dengan 1 1/2 cawan air suam)
1 sudu teh esen vanila
kalau suka rasa mocha boleh tambah 1 sudu besar nescafe (larutkan dengan 1 1/2 sudu besar air panas)

Putarkan whipping cream hingga soft peak. Satukan semua bahan dengan kaedah kaup balik. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Sejukkan lagi hingga keras.

Bahan untuk Ganache
200g dark chocolate
150g whipping cream

Satukan bahan dan panaskan dengan kaedah double boiler. Tuang atas kek, sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 8 jam. Potong dan hidang!  :)
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/cheesechocmoussecake1.jpg
sejuk & eemmm.....sedappp!

Sunday, May 6, 2012

Kek Lapis Cheese Caramel (Dulce de Leche)

Lama tak melapis....:))

Olahan dari Kek Lapis Cheese (zheila_85)

Bahannya (loyang 7 x 7 x 3 inci)
5 biji  telur (gred A)
120g gula castor
1/2 sudu besar ovalette
100g tepung gandum
50g biskut marie (dikisar halus)
50g air sejuk
200g mentega
125g cream cheese
3 sudu besar caramel  Dulce de Leche
parutan keju cheddar secukupnya

Cara membuatnya
1. Putar telur, gula dan ovalette hingga kembang
2. Masukkan tepung+biskut marie sedikit demi sedikit berselang-seli dengan air sejuk, kacau rata
3. Dalam mangkuk lain putar mentega, cream cheese dan caramel Dulce de Leche hingga kembang

4. Satukan kedua-dua adunan dan gaul rata
5. Lapik loyang dan lenser dengan mentega
6. Bakar dengan api atas sahaja pada suhu 90-100C dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu
7. Bakar berlapis-lapis hingga habis (1 senduk setiap lapis), taburkan parutan keju cheddar pada setiap lapisan genap

sedap kek lapis ni, rasa lemak-lemak manis, dan bila terkena parutan keju terasa masin ....emmm nyummy!

Friday, May 4, 2012

Butterscotch Pecan Cheesecake

Terpanggil untuk beli buku ini
Teringin pula nak rasa yang ini
Bahannya
150g biskut marie coklat
50g mentega

Filling
500g cream cheese
165g gula castor
1 sudu kecil vanila extract (saya guna esen vanila)
2 biji telur (gred B)
1 sudu besar tepung gandum
60g pecan (disangai garing dan cincang halus)

Butterscotch Topping
75g gula perang
40g mentega
1 sudu besar whipping cream

Cara membuatnya
1. Kisar halus biskut, gaulkan mentega hingga adunan boleh dikepal dan tekan sebagai asas dalam loyang jenis springform tin saiz 20cm. Tekan padat dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
2. Untuk membuat filling: putar cream cheese + gula + vanila esen hingga gula hancur dan adunan halus. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian gaulkan tepung dan pecan menggunakan spatula sahaja
3. Keluarkan loyang berisi biskut dari peti sejuk dan tuangkan adunan cheese.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 140-160C selama 45 minit
5. Bila kek sudah masak, biarkan kek dalam oven dengan penutup oven terbuka
6. Apabila kek sudah sejuk, buat buterscotch topping - panaskan dengan api kecil semua bahan dalam periuk kecil sehingga sebati dan gula larut.
7. Tuang dan ratakan topping ke atas kek
8. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang

tak sangka anak-anak suka kek ni! saya buat 1/2 adunan dan saiz loyang kurang sesuai  8 inci => kek jadi nipis, utk separuh adunan seeloknya guna loyang 6 atau 7 inci

Saturday, April 28, 2012

Butter Chicken

Salah satu menu kegemaran anak-anak. Dulu ada satu kopitiam di sini namanya Kopitiam Pak Ramlee, selalu sangat order Butter Chicken, sejak Pak Ramlee tutup jarang dapat makan menu ni di restoran masakan cina. Sekarang tak perlu lagi, masaknya pun tak susah, ringkas, mudah & cepat!

Sumber: Caffeinedoll

Bahan untuk perap
250g ayam boneless
1 sudu kecil garam
1/20sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kari ayam
1 sudu besar tepung
1 biji telur

Bahan menumis
2 sudu besar mentega
1 biji cili merah (saya tak letak)
2 biji cili padi (saya guna 1 merah, 1 hijau)
1-2 tangkai daun kari segar
1/4 cawan heavy cream (susu cair abisss)
1/4 cawan air suam
1 sudu besar gula
secubit pati ayam
secubit garam & lada sulah secukup rasa

Cara membuatnya
1. Perap ayam minima 1 jam
2. Panaskan kuali, cairkan mentega
3. Tumis cili merah, cili padi dan daun kari hingga naik bau
4. Tuangkan cream + air / susu cair dan diikuti bahan-bahan lain
5. Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa
6. Hidang dengan nasi panas dan sayur yang dicelur seperti sawi cina/buncis/asparagus dll

anak-anak cakap - "sedap sangat lah!"
* ada tertinggal step...sebelum tumis daun kari step no.3, kita goreng ayam dengan butter sampai masak, kemudian baru tumiskan daun kari....maaf ya...lama tak update blog....

Thursday, April 26, 2012

Dulce de Leche Walnut Cake

Pertama kali saya tahu Dulce de Leche ni rasanya seperti caramel teringin sangat nak cuba. Saya cuba buat dulce de leche dari susu pekat manis seperti dalam blog Wendy Table for 2....or more. Saya guna kaedah merebus tanpa tin dibuka selama 3 jam, alhamdulillah...menjadi. Susu jadi lebih pekat dan berwarna seperti warna caramel, rasanya tentulah lebih pekat lagi dari susu pekat...emm macam caramel lah! Kemudian saya cuba resepi dari Technicolor Kitchen dan tambah walnut sebagai hiasan di atasnya...eemmmmm sedaaappp...tak caya? cubalah! :)

Bahan untuk kek (1/2 adunan asal, loyang empat segi 7x7x3 inci)
4 biji telur
115g gula perang
115g tepung superfine
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
20g mentega (dicairkan)

Bahan untuk syrup
25g gula caster
60ml air
1/2 sudu kecil esen vanila

Dulce de leche cream:
1 cawan whipping cream
1/2 cawan dulce de leche

Walnut secukupnya untuk hiasan

Cara membuatnya
1. Sediakan loyang- lapik loyang dengan kertas , tak perlu gris
2. Pukul telur dengan semangkuk air panas di bawah mangkuk berisi telur (macam kaedah double boiler - air mendidih je terus angkat dari api dan tenggekkan mangkuk berisi telur di atasnya dan putar)
3. Sambil masukkan gula perang sedikit demi sedikit, putar hingga kaku
4. Ayak tepung + serbuk kayu manis, kaup balikkan dengan adunan telur hingga rata
5. Tuangkan mentega cair perlahan-lahan, kacau rata
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 130C selama 20-25 minit
7. Buat syrup - panaskan semua bahan dengan api kecil sehingga hasilnya tinggal 1/4 cawan sahaja. Tak perlu pekat sangat. ketepikan dan biar sejuk
8. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven, biarkan sejuk betul kemudian baru dipotong menjadi 3 lapisan
9. Sebelum nak mula buat Dulce de Leche cream, simpankan mangkuk dan pemutar mixer dalam peti ais supaya cream mudah dan cepat diputar. Campurkan kedua-dua bahan dan putar hingga kaku. Bolehlah sapu syrup diikuti dengan cream pada setiap lapis. Gunakan lebihan cream untuk menghias.
10. Taburkan walnut cincang di atas permukaan kek
11. Sejukkan dulu baru hidang...

sedapnyaa...berbaloi buat dulce de leche walaupun leceh...hehehehehttp://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DulcedeLecheWalnutCake1.jpg

Sunday, April 22, 2012

Moist Chocolate Cake (baked)

Kek ini resepi dari blog Pn Azlita Masam Manis, tapi saya bakar adunannya, ntah kenapa bila kek perlu dikukus saya sangat suspen takut tak jadi. Hasilnya memang sungguh moist! 1st time buat 1/2 adunan untuk makan beramai-ramai di kantin masjid (tempat kami sekeluarga berkumpul lunch lepas solat Jumaat). 2nd time buat untuk anak-anak pula sebab mereka balik petang selalu tak dapat join lunch di masjid.

Bahannya
A
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak jagung

B
45g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda

C
2 biji telur

Cara membuatnya
1. Campur semua bahan A dan panaskan atas api kecil sehingga gula larut dan sebati dan ketepikan
2. Ayak bersama bahan B
3. Blender bahan C
4. Masukkan bahan B dan C ke dalam adunan A secara berselang seli, mulakan dengan B dan akhiri dengan B juga (B-C-B-C-B)
5. Tuang adunan dalam loyang 6 inci yang sudah dilapik kertas minyak yang dilenser dengan mentega
6. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 130C selama 1 1/2 jam.
7. Keluarkan kek & sejukkan. Lepas 15 minit terbalikkan kek dan sejukkan atas redai
8. Hias sesuka hati


Nota: saya bakar dengan meletakkan loyang berisi air panas (masak air dulu kemudian tuang dalam loyang anggaran 1/2 loyang) di tingkat bawah oven, dan loyang adunan di tingkat atasnya. saya tak pasti adakah cara ini betul kerana saya fikir mungkin dengan berbuat begini boleh mengelakkan kek dari menjadi kering. hasilnya memang kek sangat lembut dan lembap untuk kedua-dua cubaan membuat kek ini :)

kek yang dibuat kali kedua, dengan ganache simple - dark choc, whipping cream & gelatin
1st time buat tak sempat make-up 1 jam lepas keluar oven terus makan panas-panas sekejap je licin! :)
 

Monday, April 16, 2012

Castella @ Kasutera

Rindunya kat Nagasaki, tentu dah banyak perubahan sekarang. Ingat Nagasaki, ingat Kasutera/Castella. Ada macam-macam perasa Greean Tea, Coklat tapi perasa original yang selalu  dibeli. Kasutera tu kuih ape? Lebih kurang macam bahulu ler bahannya cuma teksturnya lebih lembut dan gebu. Teknik membuatnya agak rumit tapi tak mustahil untuk dapatkan hasil macam yang dijual di sana, cuba tengok The Little Teochew buat, dari situ dibawa pula ke Just Hungry untuk resepi dan teknik membuat secara terperinci. Silalah mencuba :)

Bahannya
4 biji telur
100g gula pasir
100g tepung roti
50ml susu segar suam
2 sudu besar madu
2 sudu besar madu + 1 sudu besar air untuk glazing pada permukaan kek

Cara membuatnya
1. Pecahkan telur dalam satu mangkuk
2. Masak air panas, isi dalam mangkuk lain, letakkan mangkuk berisi telur di atas mangkuk berisi air panas (macam kaedah double boiler)
3. Putar telur hingga kembang pada kelajuan 1 dan masukkan gula sedikit demi sedikit.
4. Putar lagi sehingga betul-betul kembang & halus - anggaran 15 minit (sehingga hampir kaku)
5. Bancuh madu dengan susu suam, tuangkan ke dalam adunan telur
6. Putar lagi hingga sebati, masukkan tepung secara ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan
7. Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak loyang beberapa kali untuk memadatkan kek
8. Bakar dengan suhu 140C dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 45minit atau sehinga masak keseluruhannya
9. Keluarkan kek dari oven, sapu madu+sedikit air pada permukaan kek. Sejukkan sebentar. Apabila kek dalam keadaan suam, bungkus dengan plastik kedap udara dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam untuk mengekalkan kelembapannya.
10. Keluarkan dari peti sejuk dan potong dengan pisau yang tajam untuk dapat potongan yang cantik & licin. Dan kalau rajin boleh kukus 2-3 minit sebelum dihidang. Kalau tak nak biarkan kek pada suhu bilik.

1st attempt masih banyak perlu diperbaiki lagi, mungkin kena pukul telur lebih lama lagi, hentak loyang lebih banyak lagi, suhu adunan ketika diputar perlu konsisten yang paling penting kena lebih sabar lagi hehehe.....anyway rasa tidak mengecewakan, harus saya mencuba lagi :)

Friday, April 13, 2012

Raspberry Ripple CheeseCake Ice Cream

Hubby beli 1 blok cream cheese 1.3kg, waaahh harus la cari idea camana nak habiskan. Ronda punya ronda sampai ke blog Wendy-Table For 2 terjumpa resepi ni yang simple dan mudah aje sedap pula tu.

Bahannya
200g cream cheese (biarkan pada suhu bilik)
200g plain yogurt
50g gula caster
250ml whipping cream
30g gula caster
Raspberry filling

Cara membuatnya
1. Sejukkan satu mangkuk dan  pemutar dalam peti sejuk
2. Sediakan loose tin 9 inch, lapik dasar loyang dengan cling wrap supaya mudah untuk keluarkan cheesecake ice cream nanti
3. Dalam mangkuk lain, putar cream cheese + gula hingga licin dan rata
3. Masukkan yogurt, putar lagi hingga sebati
4. Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti sejuk tuangkan whipping cream dan putar whipping cream dengan gula hingga kental
5. Campurkan whipped cream ke dalam adunan cream cheese kacaurata
6. Tuang 1/3 adunan ke dalam loyang, ratakan dan letakkan beberapa sudu raspberry filling
7. Tuang habis adunan ke atas filling, ratakan dan letakkan lagi beberapa sudu rasperry filling
8. Gunakan pisau mentega dan buatlah corak sesuka hati di atasnya
9. Sejukbekukan selama sekurang-kurangnya 4 jam
10. Keluarkan dari peti ais dan biarkan  5 minit pada suhu bilik sebelum dipotong supaya mudah dipotong dan kek tidak retak

emmm.....senyum, tak perlu kata apa-apa :)

Thursday, April 12, 2012

Light Cheese Cake

Bila nak ambil gambar kadang-kadang kita sebut apa? CHEESEEE!!! haa lebar senyum masing-masing baru ceria gambar tu kan? Lebar je senyum seisi rumah bila Light Cheese Cake ni keluar oven, anak yang no 3 tu kata tak boleh tahan sedap baunya, sanggup skip dinner malam tadi nak makan kek aje. Kek ni tak remeh bahannya tapi ikutlah teknik yang diajar satu-persatu InsyaAllah jadi. Terima kasih Hasue, saya ikut Tutorial Light Cheese Cake


Bahannya (loyang 6 inchi)
2 biji telur gred A (asingkan putih & kuning)
70g tepung superfine
70g gula caster
70g mentega
125g cream cheese
200ml susu segar
1 sudu kecil jus lemon
sedikit badam cincang utnuk hiasan

Cara membuatnya
1. Sediakan semua bahan-bahan
2. Cairkan mentega, cream cheese dengan susu segar dalam periuk atas api yang sederhana kecil. Cukup sekadar bahan-bahan larut sebati, tidak perlu sehingga mendidih. Angkat dan ketepikan
3. Putar putih telur hingga berbuih dan masukkan gula caster. Putar hingga kaku (terbalikkan mangkuk adunan tidak jatuh proses ini sangat penting!)
4. Putar kuning telur selama 1 minit
5. Panaskan oven - saya buat 130C
6. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam mangkuk kuning telur perlahan-lahan
7. Masukkan jus lemon, kacau sebati perlahan-lahan
8. Ayak tepung dan masukkan juga ke dalam mangkuk kuning telur, gunakan senduk kacau perlahan-lahan dalam 1 arah
8. Akhir sekali campurkan meringue (putih telur + gula) ke dalam adunan tadi. Kacau rata perlahan-lahan.
9. Lenser loyang, tabur tepung dan tepuk keluar tepung berlebihan
10. Tuang adunan ke dalam loyang & tabur badam cincang
11. Bakar secara bain marie (masak air panas dan tuangkan ke dalam loyang yang lebih besar daripada loyang berisi adunan kek - kalau boleh biar loyang kek terapung sedikit. kalau tak terapung pun ok)
12. Bakar selama 45minit atau sehingga masak keseluruhannya

pasti akan buat lagi! :)

Monday, April 9, 2012

Cheese Cake

Lagi-lagi projek nak menghabiskan cream cheese. Bila habis gi beli lagi...ish ish tak de penyudahnya, memang semua kat rumah ni hantu cheeessee.....hihihihhi :)) Saya buat adunan yang sama banyak macam tu hari (Oreo Cream Cheese Cupcakes),tapi saya bahagikan 2 - satu buat perasa Oreo Cream Cheese dan satu lagi Blueberry Cream Cheese. Cuma kali ini saya gaul dengan Small Crushed Oreo tu yang jadi gelap keknya, tapi ketara rasa Oreo dalam kek, kurang muak sikit (bagi saya dua-dua ok). Satu lagi adunan tidak ditambah apa-apa, saya guna biskut Ritz Cracker yang bulat sebagai base dan blueberry filling. Maka dapatlah 2 jenis cheese cupcakes pada hari tersebut...ini pun dah masuk stok baru cream cheese ada projek nak buat.....tungguuuu......;)


Sunday, March 25, 2012

Eggless Fruit Cake

Fruit Cake ni memang lembut, gebu seperti menggunakan telur juga hasilnya, macam tak de beza. Terima Kasih kepada Dayang Dapurku Sayang.  Sangat mudah dan ringkas membuatnya, godak-godak je, tak perlu guna mixer, tak perlu pukul emm...kalaulah semua resepi begini....;)

Saya buat 1/2 adunan
Bahannya
Bahan A
125g mentega
150g campuran buah-buahan kering
125ml susu cair
85g gula perang
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan B
180g tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
65ml jus oren

Cara membuatnya
1. Campurkan semua bahan A kecuali buah-buahan kering dan masak atas api perlahan sehingga gula larut dan sebati
2. Masukkan buah-buahan kering, kacau rata dan biarkan sejuk/rendam selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman
3. Dalam mangkuk adunan lain, campurkan semua bahan B kecuali jus oren dan ayak sebanyak 3 kali
4. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A, kacau rata akhir sekali baru tuangkan jus oren
5. Bakar dalam loyang pembakar yang dilenser dengan mentega dan ditabur tepung sedikit.
6. Bakar selama 50min pada suhu 160C

thumbs up! :)

Wednesday, March 14, 2012

Oreo Cream Cheese Cupcakes

Dah lama bookmark resepi ni untuk dicuba, kebetulan nak menghabiskan stok cream cheese yang dah agak lama dibeli sebelum tiba tarikh luputnya. Senang, cepat dan sedap bagi penggemar cheese pasti akan suka, tambahan pula ada Oreo! :)

Sumber: Handle The Heat
Bahannya (saya buat 1/4 adunan dari resepi asal)
230g cream cheese
27g gula castor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 cawan plain yogurt
secubit garam (saya terlupa letak)
biskut oreo secukupnya

Cara membuatnya
1. Putar cream cheese dengan gula hingga gula hancur
2. Masukkan telur + esen vanila dan putar sebati
3. Masukkan yogurt dan garam, putar lagi
4. Masukkan 3 keping oreo yang dicincang kasar, gaul dengan sudu sahaja
5. Letakkan sekeping oreo dalam setiap mangkuk kertas sebagai dasar cupcake, kemudian penuhkan dengan adunan cream cheese tadi
6. Bakar pada suhu 135C selama 22 min (saya bakar pada suhu 90C selama 30 min)
7. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
8. Tunggu apa lagi, ngap ler! hehehehe

......:)

Monday, March 12, 2012

Puding Koktel Berkuah

Dah cuba beberapa resepi puding tapi masih belum dapat yang betul-betul lembut, sehinggalah saya try & error beberapa kali akhirnya dapat juga hasil seperti yang dikehendaki. Puding yang lembut, srruupp srupp tak terasa bila dihirup dengan kuahnya

Bahan untuk puding
1/4 cawan tepung custard
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 sudu besar krim jagung dalam tin

Bahan untuk kuah
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin cocktail buah-buahan

1. Campurkan semua bahan puding dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga pekat dan berkilat & meletup-letup
2. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai, biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk
3. Untuk kuah, campukan semua bahan kecuali buah-buahan koktel dan masak sehingga gula larut. Sejukkan dan baru dicampurkan dengan buah-buahan koktel dan simpan dalam peti sejuk
4. Hidangkan sejuk

1 adunan tak cukup! kena buat lagi ;)

Friday, March 9, 2012

Sweet Corn Custard Tea Cake

Ada lebihan krim jagung buat Palmiers semalam saya adjust sikit custard tu saya tambah krim jagung manis. Sedap la kek ni, ada kelainan rasanya, mungkin sebab ada tepung custard dalam adunan kek agaknya dan inti custard di dalam kek tu juga menambat hati...tambah pula dengan rasa jagung yang lemak manis tu...ermmm.....love this!

Sumber: Nigella Lawson
Bahan untuk custard
1 sudu besar tepung custard
1 sudu besar gula castor
2/3 cawan susu segar
1 sudu besar cream style sweet corn
1 sudu kecil penuh mentega
1 sudu kecil esen vanila

Bahan untuk kek
125g mentega
1/3 cawan gula castor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung custard

Cara membuatnya
1. Buat custard dulu - campur tepung custard, susu dan gula. Masak atas api kecil sehingga pekat, kemudian tambahkan krim jagung, mentega dan esen vanila. Ketepikan biar sejuk
2. Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur - putar lagi hingga sebati. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit, gaul rata. (Saya ayak tepung naik sendiri + tepung custard)
3. Lenser loyang pembakar (saya guna muffin tin saiz besar)
4. Tuang sebahagian, buat lubang ditengah untuk isikan custard jagung tadi dan tutup custard dengan adunan kek lagi
5. Bakar pada suhu 130C selama 25-30 minit

1 adunan tu dapat 6 biji saiz kecik-kecik, ni dah isi custard ditengah, sebelum tutup dengan adunan kek di atasnya

emmm nyummy!! kalau suka custard lebih boleh buat custard 2 adunan dan tuang lebihan custard di atas kek
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...