Tuesday, January 31, 2012

Kek Lapis Hawflakes (Masam Manis)

Sudah lama kumpul semangat untuk mencuba buat kek lapis ni, satu persatu resepi puas diintai, akhirnya terpanggil untuk mencuba resepi dari blog rozzan. Ternyata tidak mengecewakan dan tidak men'trauma'kan untuk buat lagi. Saya buat separuh adunan, masa membakar juga menjadi singkat kira-kira 1 jam. Sangat-sangat rekomen bagi yang baru nak mencuba buat kali pertama, bahannya pun simple.

Bahannya

5 biji telur
60 gm gula halus
225 gm mentega
150 g biskut Marie–tumbuk halus
secukup haw flakes (lebih kurang 1 1/2 peket)
1/2 tin susu pekat manis
40 gm sekaya
1/2 sudu teh vanilla

Cara membuatnya

1. Pukul gula dgn mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji

3. Masukkan biskut tumbuk tadi dan kacau lagi hingga rata.
4. Kemudian masukkan susu pekat, sekaya dan esen vanilla.

5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan warnakan dgn warna pilihan anda

6. Alaskan loyang 9" x 9" dgn kertas minyak dan griskan pada dasar dan keliling loyang.
7. Ambil 2 senduk adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api atas sahaja 100C (suhu bergantung pada oven masing-masing - oven saya memang selalu kena rendahkan dari suhu yg dicadangkan)
8. Bakar setiap lapisan selama 5-7 minit atau hingga masak.
9. Susun haw flakes pada setiap lapisan genap
10. Apabila sudah habis melapis, untuk bakar yang akhir saya guna api atas & bawah dengan suhu tinggi sedikit dari tadi selama 10 minit (ikut oven masing-masing dan keadaan kek lapis ketika itu)

tadaaa!!! happy sangat sebab menjadi dan sedap rasanya!

Wednesday, January 25, 2012

Death By Chocolate Cake

Membaca review dan komen yang pernah buat kek ni buatkan saya juga teringin nak buat. Memang sah sedap sungguh, hubby kata macam kek di Secret Recipe, bezanya tak terasa keluar duit...hahahaha...:) Terima Kasih kepada tuan punya resepi ini!

Bahannya (saya buat 1/2 adunan -  loyang 7 inci)

1 cwn gula (kisar)
1 cwn tepung (ayak)
1 1/2 biji telur grade A (timbang 1 biji telur dan bahagi 2)
1/2 cwn koko powder
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn air panas didih
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp esen vanila

Bahan untuk ganache
  • 1 cwn non dairy whipping cream
  • 250g cooking chocolate
  • 1 sudu besar golden syrup
Bahan untuk whipped cream
  • 1/2 cwn non dairy whipping cream
 Cara membuatnya
  1. Ayak tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder 
  2. Pukul gula + telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. Masukkan susu dan minyak jagung dlm adunan,kacau sebati
  4. Masukkan bahan-bahan yg diayak ke dalam adunan. Gaul dgn cara kaup balik
  5. Masukkan air panas dan kacau sebati
  6. Bakar selama 45 minit pd suhu 150C. (Boleh juga dikukus selama lebih kurang 1 jam)
  7. **utk ganache**
  8. Didihkan whipping cream dalam periuk kecil
  9. Apabila sudah didih, padamkan api dan masukkan cooking choc. Kacau sebati
  10. Tambahkan golden syrup
  11. Ambil 1/2 cwn ganache dan bakinya simpan dalam peti sejuk
  12. * utk whipped cream. Pukul 1/2 cwn whipping cream sehingga bertanduk atau kaku, kemudian tuangkan 1/2 cwn choc ganache yg di ambil dari langkah sebelum ini. Kacau sebati
  13. Potong dua kek yang sudah siap . Sapukan dengan whipped cream dari step di atas. Kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lagi. Sapu hingga menutupi keseluruhan kek, dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. Keluarkan kek dari peti sejuk, sapukan pula dengan ganache yang  disimpan dalam peti (rujuk step 11). Hias ikut kreativiti. 
  15. Simpan semula dalam peti sejuk lebih kurang 30 minitsebelum dihidangkan
sedapnya sepotong tak cukup! :)

Thursday, January 19, 2012

Baked Dory with Cilantro

Dory biasa goreng dengan tepung buat fish N chip, ataupun masak kari ke, steam pun ok, bakar lom pernah buat lagi. Ini first time, simple aje dan cepat siap! Dapat resepi dari sini!

Bahannya
2 keping ikan Dory (lebih kurang 500-800g)
2-3 ulas bawang putih
3-5 pokok daun ketumbar (cilantro)
2 sudu besar minyak zaitun
garam
lada sulah
1/2 biji lemon

Cara membuatnya
1. Basuh dan toskan ikan dory
2. Cincang halus daun ketumbar (daun sahaja) dan hiris bawang putih
3. Gaul rata daun ketumbar, garam, minyak zaitun &  bawang putih, lumurkan pada ikan dan perap 30 minit
4. Panaskan oven 170C
5. Susun ikan dalam aluminium foil dan taburkan lada sulah. Bungkus ikan dalam aluminium foil kemas-kemas
6. Bakar selama 20-30 minit
7. Keluarkan dari oven dan perahkan jus lemon ke atas ikan
8 .Hidang dan makan panas-panas dengan nasi

easy, healthy & nyummy!!

Monday, January 9, 2012

Blueberry Cream Cheese Cake

Jumaat lepas hubby beli fresh blueberry 3 kotak RM20. Sekotak tu isinya dalam 1 cawan. Tak tau lah murah ke mahal sebab tak pernah beli sebelum ni. Sebab takut cepat rosak Sabtu lepas saya buat kek yang menggunakan fresh blueberry dari resepi di sini. Kebetulan semua bahan pun ada stok di rumah.

Bahan-bahannya
1 cawan fresh blueberry
1/4 cawan jus epal (saya guna jus mangga-boleh guna apa-apa jus)
1sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan 2 sudu kecil air)
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (bahagikan 3/4 cawan & 1/4 cawan)
115g mentega beku (dipotong dadu)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil parutan kulit lemon
3/4 cawan plain yogurt
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
170g cream cheese
1 sudu kecil jus lemon
1/2 cawan kepingan badam

Cara membuatnya
1. Mula-mula buat topping blueberry.  Panaskan periuk kecil, masak blueberry dengan jus dan tepung jagung hingga mendidih dan pekat (api kecil dan jangan masak lama sangat nanti blueberry jadi terlalu lembik). Ketepikan dan biar ia sejuk
2. Masukkan tepung, mentega dan 3/4 cawan gula ke dalam mangkuk dan gaul guna hujung-hujung jari macam nak buat pastri. Dah sebati ambil 1/2 cawan campuran tadi dan ketepikan (akan digaulkan dengan kepingan badam)
3. Masukkan baking powder, baking soda, garam dan parutan kulit lemon ke dalam baki campuran tepung-mentega dan gaul rata
4. Dalam mangkuk lain, dengan menggunakan mixer elektrik, pukul 1 biji telur + yogurt + esen vanila hingga sebati dan tuangkan ke dalam campuran tepung-mentega-baking powder tadi. Kacau rata dan tuangkan adunan ke dalam acuan pembakar jenis loose base 9 inci yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu
5. Gunakan mangkuk pengadun yang sama, pukul cream cheese + 1 biji telur + 1/4 cawan gula + jus lemon hingga gula hancur dan berkrim. Tuangkan ke dalam acuan pembakar menimpa adunan yang pertama tadi.
6. Tuangkan topping blueberry di tengah-tengah adunan cheese pula
7. Gaulkan kepingan badam dengan 1/2 cawan campuran tepung-mentega dan tabur keliling tepi adunan
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150-170C selama 30-40 minit atau hingga masak

emmm yummy nyummy!!

serving untuk 10-12 orang, cake ni sedap & agak mengenyangkan


Thursday, January 5, 2012

Almond Biscotti

Best! Best buat biskut ni, senarai bahan sikit, buat pun mudah, rasa pun sedap, tak manis sangat & berkhasiat pula tu! Makan badam selalu untuk kecerdasan minda, menajamkan fikiran dan mudah menghafal. Bab nak slice je payah sikit, badam tu keras nak kena guna pisau tajam dan tekan kuat-kuat. Kawan saya yang bagi link resepi ini Tq Nana!

Bahan-bahannya
3 biji putih telur
100g gula halus
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
120g tepung gandum
150g badam (whole almonds)

Cara membuatnya
1. Putar putih telur dengan gula, esen vanila dan garam sehingga kaku (meringue)
2. Kaup balikkan tepung gandum hingga sebati
3. Masukkan badam, gaul rata
4. Tuang dalam loyang pembakar saiz 7 inci
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 25 minit atau sehingga adunan berwarna perang muda
6. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai
7. Bungkus dengan aluminium foil dan simpan beberapa jam atau semalaman dalam peti sejuk
8. Keluarkan dari peti sejuk dan potong adunan nipis-nipis dengan pisau tajam
9. Susun atas loyang pembakar dan bakar lagi  selama 20 minit pada suhu 140C atau hingga garing
10. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

krup krap krupp kraapp...rangupnya....

Wednesday, January 4, 2012

Eggless Yogurt Chocolate Cake

Lega semua dah ke sekolah tinggal yang kecik sorang. Kek ni dah 2 hari lepas buatnya, baru hari ni dapat upload. Bz melayan budak-budak nak naik sekolah. Simple je buat kek ni dan tak pakai telur, sesuai bagi yang alergi bolehlah cuba. Terima Kasih Cendana Kasih yang telah berkongsi resepi ini.

Bahannya
30ml air panas
25g susu tepung
1/2 sudu besar Nescafe/Kopi segera
1/4 cawan mentega - dicairkan
50g gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan plain yogurt
65g tepung gandum
20g serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
secubit garam

Cara membuatnya
1. Bancuh susu tepung dan nescafe dengan air panas
2. Masukkan mentega, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut
3. Masukkan yogurt dan kacau rata
4. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam. Campurkan dalam adunan dan gaul sebati
5. Tuangkan dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega
6. Tutup acuan dengan aluminium foil
7. Kukus selama 40-45 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu

Bahan untuk topping
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu pekat
1/2 sudu besar minyak masak

Campur dan kacau rata semua bahan, tuang ke atas kek


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...