Friday, December 17, 2010

Chocolate Chip Bar

Resepi Asal klik sini

Bahannya

125g mentega
1 cawan gula (boleh dikurangkan, sukatan ini agak terlalu manis)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan chocolate chips

Cara membuat
1. Putar mentega, gula, baking powder, bicarbonate soda sehingga kembang
2. Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung dan chocolate chip, gaul rata
4. Lapik dulang pembakar dengan baking paper yang telah disapu dengan mentega supaya adunan tidak melekat
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan dengan menekan sedikit adunan di dalam loyang.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 160C selama 15-18minit (saya buat 35minit)

http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/chocChipBar1.jpg?t=1292574588
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/chocChipBar.jpg?t=1292574588
Ada Cookie Monster dah makan duluuu!!!

Tuesday, December 14, 2010

Basil & Tomato Spaghetti

Spaghetti yang sangat simple. Semasa di Nagasaki dulu saya selalu ke Restoran Italian Tomato. Cuma ada 2 menu yang boleh dimakan - Basil & Tomato Spaghetti dan Ebi (udang) Cream Spaghetti, di antara 2 ni pula Basil & Tomato lebih murah, 900yen sepinggan belum masuk tax lagi yang mana kalau convert dah RM30, poket student la katakan...Bila balik ke Malaysia jumpa Italian Tomato di Jusco One Utama (old wing) tapi cuma sekejap aje lepas tu dah tutup, sempat juga saya introduce restoran tu pada hubby, tapi menu ni tak ada. Olehkerana suami memang suka western food jadi kami cuba buat sendiri berdasarkan nama menu. Adakalanya kami serve tetamu spaghetti ni, ramai pula yang suka, siap minta resepi...terasa malu la pulak sebab tersangatlah simple nya :) Dalam rancangan Jamie Oliver pun ada macam ni juga, dia guna fresh basil

1/2 paket spaghetti
3 ulas bawang putih dicincang halus
5 sudu besar minyak zaitun
2 biji tomato didadu
1 sudu kecil daun basil kering
garam secukup rasa
1/2 kg mussels (kupang) - optional (kalau tak letak kupang jadilah vegetarian menu)

Caranya
1. Rebus spaghetti dalam air mendidih dengan garam & sedikit minyak zaitun untuk mengelakkan spaghetti dari melekat. Apabila masak toskan.
2. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau, masukkan tomato biar seketika agak-agak tomato layu.
3. Masukkan daun basil & garam, gaul rata
4. Masukkan mussels (kupang) yang telah dikukus terlebih dahulu
5. Akhir sekali masukkan spaghetti
6. Tambahkan garam jika perlu
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5592.jpg?t=1292306378
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5594.jpg?t=1292306378
Saja masukkan kupang memandangkan hari tu balik Muar lalu di Ayer Keroh geram tengok kupang fresh jual tepi jalan

Monday, November 29, 2010

Mee Ketam

Olehkerana cuti sekolah, menu pun mesra kanak-kanaklah.

Bahan-bahannya
4 ekor ketam saiz sederhana
2 paket Maggi Sup Ketam & Su'un (Crab & Tanghoon)
Air secukupnya (ikut sukatan & arahan membuat sup di paket maggi)
1/2 tin cendawan
2 biji telur
1 paket Mee Kuning kering Radix HPA (1 paket ada 5 keping)
Daun bawang & ketumbar
Bawang goreng
Garam

Cara memasak
1. Bersihkan ketam & belah dua. Keluarkan isi dari sepit ketam
2. Rebus mee kuning kering Radix beberapa keping (ikut keperluan keluarga) selama 3-5 minit atau sehingga lembut. Angkat & toskan
3. Dalam periuk lain didihkan air kemudian masukkan serbuk Maggi Sup Ketam & Su'un yang telah dikacau terlebih dahulu dengan sedikit air biasa supaya tidak berketul ketika memasak sup.
4. Masukkan ketam, isi ketam, telur & cendawan sambil dikacau sehingga sup menjadi agak pekat & ketam masak.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Curahkan kuah sup ke atas mee
7. Tabur daun bawang & ketumbar serta bawang goreng
8. Hidangkan & makan dengan cili jeruk ataupun cili potong

http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5584.jpg?t=1291021282
Mee Ketam siap dihidang, ada seketul kepingan tuna yang diperap dengan sos teppanyaki & digoreng, tak letak pun tak pe...saja je sebagai starter
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/meeRADIX.jpg?t=1291021282
Mee Kuning Kering Radix HPA

Monday, November 22, 2010

Dory Creamy Mushroom Spaghetti

Buka peti ais semalam cuma ada dory fillet & crab stick lebihan buat piza kelmarin. Biasanya white sauce spaghetti ni kami guna udang tapi kali ni cuba lah dengan ikan dory, tak sangka sedap rupanya. The kidz memang suka cheese, apa saja masakan kalau ada cheese....licin, sampaikan nasi goreng pun nak makan dengan cheese. MasyaAllah, lebih omputeh dari omputeh!

Bahannya
500g  ikan dory (potong anggaran saiz 2 x 4cm, terlalu kecil ikan boleh hancur)
5 batang crab sticks
1 biji bawang besar kuning (dihiris)
5 biji cendawan dalam tin (dibelah 4)
broccoli
30g mentega
4 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar susu cair
1 kiub stok ayam
1 tin Campbell Creamy Mushroom Soup
1/2 sudu kecil Oregano
100ml Air
Parmesan Cheese
Garam, lada sulah secukup rasa
1/2 paket Spaghetti Angel Hair

Caranya
1. Rebus spaghetti dalam air mendidih yang dicampur dengan 1 sudu kecil garam + 2 sudu besar minyak zaitun
2. Tumis bawang besar dengan mentega hingga layu, masukkan ikan dory tabur sedikit garam + lada sulah sehingga ikan separuh masak
3. Tambahkan 100ml air + susu cair + broccoli + minyak zaitun
4. Apabila broccoli separa masak, masukkan Campbell Creamy Mushroom Soup yang telah dikacau dengan air terlebih dahulu. (air disukat 1 1/2 tin campbell soup)
5. Masukkan juga cendawan, crab stick, kiub ayam, garam, lada sulah sehingga sup mendidih dan agak pekat. Akhir sekali taburkan oregano.
6. Hidangkan dengan taburan parmesan cheese
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5573.jpg?t=1290398631

Saturday, November 20, 2010

Pizza Merapi

Sebenarnya piza ni simple aje, bahan-bahan semua ready made boleh dapat di kedai menjual bahan-bahan kek & kuih. Kami bagi nama Merapi sebab rasanya pedas dan makan pula time panas-panas! dan juga sempena Gunung Merapi kat Jogjakarta yang meletus pada tarikh yang sama kami berada di sana (5-11 Nov) setahun lepas...syukur tak jumpa situasi tu...

Resepi asal doh piza klik sini
  • 1 paket dry yeast (mauripan)
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 cawan air suam
  • 3 cawan tepung roti
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
Topping Piza Merapi kami gunakan
  • piza sauce (ready made)
  • Sos Thai Mae Pranom
  • Crab Stick (celur sekejap)
  • Kepingan nenas dalam tin
  • Otak-otak frozen ready made (kukus 15 minit terlebih dahulu)
  • Mozarella Cheese
    Caranya
    • Larutkan yeast + madu dengan 1/4 cawan air suam, ketepikan
    • Adunkan tepung roti, garam, minyak zaitun, campuran yeast dengan lebihan air suam tadi
    • Uli hingga menjadi doh lembut & tidak melekat pada jari
    • Tutup doh dengan kain bersih & lembap, biarkan di tempat yang sejuk selama 2 jam
    • Bahagikan doh kepada 4 bahagian (untuk piza yang agak tebal, kalau nak nipis lagi bahagikan kepada 6-8 bahagian)
    • Uli lagi doh kecil selama seminit setiap satu bahagian
    •  Tutup lagi dengan kain lembap selama 1 jam
    • Canaikan atas dulang pembakar (seeloknya saiz 8 inci) yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun
    • Panaskan ketuhar 250C
    • Sapu bahagian atas doh yang telah dicanai dengan sos piza & sos thai, susun crab sticks & nenas, akhir sekali penuhkan ruangan kosong dengan inti otak-otak. Dah penuh baru tabur cheese atasnya
    • Bakar selama 10-12 minit
    • Hidangkan & makan panas-panas! 
    http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5571.jpg?t=1290249189http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5570.jpg?t=1290249283http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5568.jpg?t=1290249346http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5566.jpg?t=1290249408
    Chicken & Beef Pepperoni Pizza for the kidz

        Monday, November 15, 2010

        Aloo Gobi

        Semalam masak Kari Kambing & Aloo Gobi. Suka sangat la makan aloo gobi, ratah begitu aje pun ok. Kalau di restoran semangkuk je dah RM7-8. Kedai mamak dekat sini dulu ada jual Puri & kuah. Kuah puri tu macam aloo gobi juga rasanya, syok betul makan tapi sejak tukang masak sudah balik negeri dah tak de jual lagi daa...:( kenalah explore masak sendiri.

        Resepi Aloo Gobi tu dapat kat sini
        Saya dah modify sikit jadi macam di bawah

        2 biji kentang saiz sederhana
        2 biji tomato
        cauliflower/kobis bunga lebih kurang sama banyak dengan kentang
        3 biji cili api
        5 sudu besar minyak masak
        1 biji bawang besar (yang warna kuning)
        2 biji bawang putih
        2 cm halia diparut (saya tumbuk lumat)
        1 sudu kecil serbuk jintan
        2 sudu kecil serbuk kunyit
        2 sudu kecil garam masala
        garam & sebuk lada putih secukup rasa
        daun ketumbar
        1 cawan air/secukupnya

        1. Potong dadu kentang, tomato, bawang besar, bawang putih
        2. Tumiskan bawang besar & serbuk jintan sehingga bawang layu, jangan sampai garing
        (camana nak tranlate melayu kalo omputeh kata 'become creamy' ?...)
        3. Masukkan serbuk kunyit, garam, cili api, bawang putih & halia
        4. Masukkan kentang dan air secukupnya untuk melembutkan kentang
        5. Apabila kentang hampir lembut/separuh lembut masukkan kobis bunga - masak hingga lembut kedua-duanya
        6. Masukkan tomato & daun ketumbar
        7. Akhir sekali masukkan garam masala & garam sekiranya perlu
        8. Gaul rata, masak sehingga air lebihan kering - angkat & hidang

        Selamat Mencuba!

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5557.jpg?t=1289811997
        Gambar blurr la pulak ...

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5558.jpg?t=1289811997
        Kari Kambing & Rebung

        Thursday, November 11, 2010

        Tempe Tumis Petis

        Tempe goreng cicah sambal kicap favorite kami sekeluarga, makan dengan nasi panas dan sup ayam fuhh berselera! Last year selalu berulang ke Bandung, sampai sana tak makan lain pun tak pe asalkan dapat makan tempe & tauhu. Kenapa tempe & tauhu sana rasanya lebih sedap ya? Mungkin rempah yang diguna semasa menggoreng atau mungkin juga sebab bahan mentah sana sangat fresh. Kami suka perhatikan mereka masak, kalau order murtabak asin lebih kurang murtabak kita, tapi diaorang guna banyak daun ketumbar, masyaAllah gemuk-gemuk daun ketumbar tu! Tanah sana kan subur, tanamannya pun subur ler. Hari ni try resepi tempe dari Indonesia Eat, thank you for sharing this recipe! Ada banyak lagi resepi dari sini yang harus dicuba.

        Bahannya

        300 g tempe (saya guna 1 paket tempe)
        2 keping tauhu (saya guna 1 keping sahaja)

        Bahan perapan
        2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
        1 sudu kecil garam
        150 ml air

        Bahan untuk tumis
        3 biji cili padi
        2 ulas bawang putih
        5 ulas bawang merah

        1 sudu kecil petis
        1 sudu besar kicap manis Indonesia (saya guna kicap manis ABC)
        1/2 sudu kecil garam
        200 ml air
        1 sudu kecil taucu (saya tambah, resepi asal tak ada)
        minyak untuk menggoreng
        2 sudu besar bawang goreng untuk hiasan

        * Kicap manis ABC ni tak sama dengan Kicap Manis Cap Kipas Udang atau Tamin, Kicap ABC lebih pekat

        1. Potong tempe dan tauhu dengan ukuran lebih kurang 2 x 4 cm, dan perap dengan garam + bawang putih selama 30 minit. Toskan air perapan kemudian goreng hingga kekuningan, ketepikan.
        2. Tumbuk lumat bahan tumis (bawang merah, bawang putih & cili padi)
        3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau, masukkan kicap + petis + garam + taucu + air. Kacau sebati baru masukkan tempe & tauhu yang telah digoreng tadi. Biarkan sehingga rempah tumisan menjadi pekat dan agak kering barulah diangkat
        4. Hiaskan dengan bawang goreng

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5532.jpg?t=1289480638
        Tak sempat nak dihias dengan bawang goreng sebab ada orang dah tak sabar nak makaann!!!

        Wednesday, November 10, 2010

        MonaVie Mini Cupcakes

        Hubby minta buatkan kek yang menggunakan Jus MonaVie sebagai salah satu bahannya, selepas diteliti resepi Orange Butter Cake dari blog MamaFami's Spice n Splendour, yang ini paling simple dan boleh tukar jus oren dengan Jus MonaVie. Jus MonaVie ni untuk kesihatan dari 19 jenis buah-buahan, banyak khasiatnya. Kalau dah dibakar bersama adunan kek masih ada khasiat lagi ke? Tak pasti...yang pasti rasanya sedap :)

        Bahan-bahannya

        250g mentega
        250g gula castor
        250g tepung naik sendiri
        4 biji telur
        100ml Jus MonaVie
        1/2 sudu kecil baking powder
        80g kismis digaul dengan sedikit tepung
        blueberry for topping secukupnya utk hiasan
        Mangkuk kertas secukupnya (saya guna saiz paling kecil)

        1. Ayak tepung & baking powder, ketepikan
        2. Pukul mentega & gula sehingga kembang & ringan
        3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi
        4. Kaupbalikkan tepung & Jus MonaVie berselang seli sehingga sebati
        5. Masukkan kismis, gaul rata
        6. Sudukan adunan (atau guna piping bag) ke dalam mangkuk kertas
        7. Hiaskan dengan blueberry
        8. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan 150C selama 40-45 minit
        (suhu dan masa membakar bergantung kepada oven masing-masing)


        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/monavie/3bottlesvertical.jpg?t=1290171480
        Ini lah Jus MonaVie, saya guna MonaVie Original (purple cap)
        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5501.jpg?t=1289383108
        Begini ler rupanya dah melekat-lekat sebab susun rapat sangat 

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5503.jpg?t=1289384598
        Walaupun rupanya tak cun tapi rasanya sedaaaappp! ;)

        Wednesday, November 3, 2010

        Pisang Keju

        Pisang Keju ni first time makan masa kami melancong ke Bandung 2 tahun lepas. Sedapnyaaa....Pernah juga beli di Pulau Karimun, lain pula gayanya. Lain peniaga lain versi Pisang Keju, ada yang pisang tu digoreng salut tepung rangup, ada yg goreng tanpa tepung, ada yang macam salai atas kuali je, ikutlah selera masing-masing.

        Bahan-bahannya
        1 sudu kecil minyak masak/mentega/marjerin
        3-4 biji pisang yang dah boleh terus dimakan (saya guna pisang berangan)
        Parutan keju cheddar
        Chocolate Syrup (saya guna Hershey's)

        Panaskan kuali leper dengan api yang kecil, cairkan mentega, susun pisang yang sudah dibelah memanjang. Masak sehingga layu atau berwarna kuning keemasan kedua-dua belah. Angkat dan parut keju ke atas pisang, hias dengan Chocolate Syrup & Chocolate Rice.

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5507.jpg http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5508.jpg?t=1288781013
         Pisang Keju kali ini Mr Hubby yang masak :)


        Hari ni kebetulan lalu kedai masakan Minang, dulu selalu beli lauk-pauk di sini bila jemput anak balik dari taska. Warung Minang ni di simpang empat yang ada traffic light dari Bukit Rahman Putra menuju ke Kundang & Kuang. Dari BRP (Bukit Rahman Putra) warungnya sebelah kanan. Anak-anak paling suka ayam goreng yang ada banyak rempah macam serunding. Kami pula suka sangat Sambal Minang. Lauk-lauk kat situ hampir semua menggunakan santan...berlemak...tu yang sodap tu!

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5513.jpg?t=1288953284

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5514.jpg?t=1288953813
        Masak lemak Rebung & Terung Blimbi

        Tuesday, November 2, 2010

        Mussel Gratin

        Ahad lepas first time kitaorang cuba masakan Itali ni, ok juga, tak lah susah sangat nak buat, biasanya kupang direbus dengan daun kunyit makan cecah dengan sos cili ataupun buat sambal tumis kupang. Kali ni cuba yang lain sikit.

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/musselGratin2.jpg?t=1288702273
        1.Bersihkan mussel (kupang)
        2.Kukus selama 5 minit atau sehingga kulit kupang terbuka, toskan air berlebihan
        3.Buangkan kulit bahagian atas & biarkan kulit yang mana kupang tu melekat
        4.Susun dalam loyang pembakar

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/musselGratin3.jpg?t=1288697025
        5. Sementara itu satukan semua bahan untuk topping atas mussel
        6. Sapu rata atas setiap kupang
        7. Panaskan oven 150C, bakar selama 3-4 minit, jangan terlalu lama nanti kupang jadi liat

        Bahan-bahan resepi asal 

        1 kg kupang
        1 sudu besar mentega
        1 sudu besar minyak zaitun
        3 sudu besar parmesan cheese (saya guna parmesan dgn cheddar sebab stok parmesan sikit)
        2 sudu besar daun ketumbar dipotong halus
        2 ulas bawang putih dicincang halus
        garam & sebuk lada hitam secukupnya

        Beginilah hasilnya. Selamat Mencuba!

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/musselGratin.jpg?t=1288697025
        Kami gandingkan dengan Ranchero Pasta Bake,
        ikut resepi dibelakang packaging San Remo Macaroni Cheese

        Ranchero Pasta Bake

        Bahan-bahan Macaroni Cheese (lapisan atas)
        1 paket San Remo Macaroni Cheese
        310ml air
        125ml susu rendah lemak
        1 sudu kecil mentega

        Didihkan air, masukkan semua bahan dan kacau rata, masak selama 7 minit atau sehingga lembut macaroni

        Bahan-bahan (lapisan bawah)
        500g daging kisar
        2/3 cawan sos taco
        1/4 cawan air
        400g kidney beans dalam tin
        1 sudu besar minyak untuk menumis
        Parutan keju cheddar secukupnya

        *Sos taco boleh dibeli ready made atau buat sendiri resepi di sini
        Pada asasnya menggunakan tomato, bawang besar, serbuk cili, jintan & bawang putih
         
        Panaskan minyak, masukkan daging kisar dan masak sehingga kekuningan. Tambahkan sos taco, air, dan kidney beans. Kacau rata sehingga masak. Kemudian masukkan & ratakan ke dalam loyang pembakar. Lapisan atas Ranchero Pasta ialah Macaroni Cheese tadi. Hiaskan dengan cheddar cheese yang telah diparut. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan 200C selama 10 minit.
        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/CheeseMacoroni.jpg?t=1288703022 http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5495.jpg?t=1288703815
        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5506-1.jpg?t=1288703882
        Macam ni lah San Remo tu tapi tulis Macaroni Cheese
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...