Wednesday, February 29, 2012

Hazelnut Cream Cheese Brownies

Sekali lagi terima kasih kepada Tia The Baker kerana berkongsi resepi dari Fat Witch Bakery Cookbook. Jauh nun kat New York letaknya bakery ni, kalau dapat pergi pun belum tentu boleh makan brownies ni kan? Rasanya ok tak manis sangat dan mengenyangkan sebab padat dengan hazelnut :)

Bahannya
Filling:
85g cream cheese
1/4 cawan gula castor
1 biji telur gred A
2 sudu kecil jus lemon
1/4 cawan hazelnut (dicincang kasar)

Brownies:
1/2 cawan dark chocolate
75g mentega
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan hazelnut(dicincang kasar)

Cara membuatnya
1. Putar cream cheese dengan gula hingga licin. Masukkan telur & jus lemon, putar lagi. Bila sudah sebati gaulkan hazelnut. Simpan sebentar dalam peti sejuk
2. Cairkan coklat + mentega - biarkan sejuk (jangan sampai beku)
3. Putar telur + gula hingga gula hancur. Tuangkan campuran coklat+mentega, putar lagi. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan tepung+garam yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Gaul rata
4. Akhir sekali masukkan hazelnut.
5. Gris loyang dan tabur tepung sedikit, tuangkan 1/2 adunan brownies, kemudian tuang filling cheese dan tutup dengan baki adunan brownies. Swirl gunakan pisau mentega - buat pergerakan depan belakang kiri-kanan pada adunan. (Saya pun tak pandai menda ni, mcm tak jadi je hehehe...) Bakar pada suhu 130C selama 30 minit



love this!

Tuesday, February 21, 2012

Strawberry Swiss Roll

Buat sponge cake tu tak susah tapi nak roll memang suspen! Masa panaskan oven terlupa nak ubah api atas bawah, jadi tak perasan cuma api atas sahaja, patut ler belah atas cepat sgt gelap sampai hangus sedikit kulit atasnya , dalam 5 minit baru ubah api atas bawah. Agak-agak dah sejuk baru lah roll, alhamdulillah...jadi cuma filling tu tebal sangat comot hujung kek.

Sumber: My Kitchen

Bahan Sponge Cake (loyang 12 x 9 inci)
4 biji telur
80g gula castor
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen strawberry
100g tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
60g mentega - dicairkan & sejukkan

Bahan filling
3/4 cawan whipped cream
3 sudu besar gula icing
fresh strawberry secukupnya - dicincang 

Cara membuatnya
1. Putar telur, gula, ovalette hingga kembang
2. Masukkan esen strawberry sambil diputar lagi
3. Ayak tepung, baking soda & baking powder
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur
5. Tuangkan mentega cair, kacau rata
6. Tuang dalam loyang pembakar yang sudah dilapik dengan kertas dan bergris dengan mentega
7. Bakar pada suhu 100C (api atas), lepas 5 minit baru tukar api atas bawah 130C (*utk catatan saya, boleh rujuk pada resepi asal)
8. Putar whipped krim dan gula hingga kaku
9. Apabila kek sudah sejuk sedikit, terbalikkan di atas kertas minyak yg bersih dan tanggalkan kertas minyak bahagian dasar kek. Sapukan filling ke atasnya dan taburkan strawberry cincang. Gulung perlahan-lahan agar tidak pecah.
10. Sejukkan kek dalam peti sejuk sebentar sebelum dipotong-potong

Monday, February 20, 2012

Kek Lapis Cheese Prune

Suka benar melapis kek sekarang ni. Actually ni permintaan husband yang dah tertangguh sejak raya dulu (masa tu masih tak berani nak buat kek lapis). Selepas 2 kali buat Kek Lapis Hawflakes , ada confident sikit nak cuba resepi Kek Lapis Cheese Prune. Saya buat agak kering hasilnya, mungkin suhu yang tak sesuai...oven saya pun memang ada problem sikit. Cuba lah resepi ni tak manis sangat dan sedang-sedang je rasa cheesenya....;)

Bahannya (loyang 7x7 inci)
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 100 gm gula kastor
  • 125g gm tepung superfine
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 50 gm air sejuk
  • 125 gm cream cheese
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 200 gm mentega 
  • prune secukupnya (saya hiris nipis supaya mudah dipotong apabila kek lapis siap)
Cara membuatnya
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diiringi dgn air sejuk hingga habis. Ketepikan dahulu.
  3. Di dalam bekas lain, pukul mentega dan susu hingga kembang kemudian masukkan cheese pukul sebati (jangan terlebih putar apabila cheese sudah dimasukkan)
  4. Satukan kedua-dua adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Bahagi dua adunan dan warnakan satu bahagian dengan pewarna hijau. 
  6. Bakar berselang-seli hingga habis pada suhu 90-100C (ikut oven masing-masing). Guna api atas sahaja.
  7. Susun prune pada lapisan genap 
  8. Tunggu sejuk baru potong

sedap, sedap, sedap! :))

Friday, February 10, 2012

Japanese Strawberry Shortcake

Cuti hujung minggu baru ni sekali lagi kami ke Cameron Highland, kali ni bawa parents jalan-jalan bersama. Bila dah sampai situ apa lagi - mesti beli strawberry kan? Sebenarnya dah buat kali kedua Japanese Strawberry Shortcake, 1st time tu buruk benor rupanya tak sanggup nak upload hehehe. Sedap tau kek ni dengan sponge cake dan whipped cream frosting yang sedang-sedang je manisnya ditambah pula dengan kesegaran strawberry di dalam kek. Jomlah buat kek ni!

Bahan Sponge Cake
Sumber: Hana's Family

3 biji telur
90g gula caster
80g tepung gandum
30g mentega (dicairkan dan disejukkan pada suhu bilik)
1 sudu besar susu segar (suhu bilik)

Bahan Whipped Cream Frosting/Filling
Sumber: Lafujimama

1 sudu teh gelatin
4 sudu teh air
1 cawan whipped cream
1/4 cawan gula icing
1/2 sudu teh esen vanila

1 cawan strawberry segar (dipotong dadu)

Cara membuatnya
1. Pukul telur hingga kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga putih gebu dan kaku
2. Masukkan tepung dan susu segar berselang-seli ke dalam adunan telur
3. Masukkan mentega cair, kacau rata
4. Tuang dalam loyang pembakar yang sudah dilapik kertas bergris dengan mentega
5. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
6. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dibelah tengahnya
7. Larutkan gelatin dengan 4 sudu teh air sejuk - biarkan gelatin kembang (lebih kurang 5 minit)
8. Panaskan gelatin dengan api kecil hingga larut semuanya, kacau guna senduk kayu, angkat dan sejukkan
9. Putar whipped cream dengan gula hingga agak pekat
10. Masukkan esen vanila dan gelatin sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kaku
11. Belah tengah kek dan sapu dengan whipped cream, tabur strawberry yang sudah didadu kecil (nak hiris pun boleh - ikut selera masing-masing), timpakan bahagian atas kek.  Hias kek dengan lebihan whipped cream tadi.

tadaaaaa!!!

emmm 'dapnya sekelip mata je dah habis tau! :)

Thursday, February 2, 2012

Biskut Green Peas

Macam rajin je hari-hari buat kuih, kebetulan tepung kacang peas ni dah dibeli, tak terbuat lagi. Saya kalau nak buat kuih pagi-pagi je lah yang ada masa, lepas anak-anak ke sekolah terus mula, lambat-lambat nanti baby bangun satu apa pun tak dapat buat. Memang betul biskut ni macam buat Biskut Kacang Mazola cuma tukarkan kacang tanah dengan kacang peas. Rasanya lebih lemak dan teksturnya sangat lembut cair dimulut. Pernah saya makan dulu rasanya sama macam snek kacang peas - ada rasa masin-masin sikit, kalau dapat nak juga resepi yang tu.

Sumber: Dapur Digital
Bahan
250g Tepung Green Peas
250g Tepung Gandum
125g Gula Caster
1/2 sudu kecil Garam
Minyak Jagung secukupnya hingga boleh dikepal
1-2 titis Pewarna Hijau
Kuning Telur (untuk disapu atas biskut)

Cara membuatnya
1. Gaul rata semua bahan kering
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dikepal dan diterap
3. Susun biskut atas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di atasnya.
4. Bakar pada suhu 120C selama 30minit atau hingga masak


Wednesday, February 1, 2012

Bingka Keledek

Asalnya nak buat kuih cucur badak untuk meeting petang ni, ntah macam mana keledek rebus tu terlalu lembut bila dilenyek lembik sangat, dah tambah tepung pun melekat-lekat juga. Lagi banyak tepung gandum tak sedap le cucur badak tu kan? Tak kan nak buang...nasib le jumpa resepi bingka keledek kat sini, terima kasih Kak Wan, resepi ni penyelamat keadaan. :)

Bahannya
330g keledek (rebus & lecek)
60 gula
2 biji telur
100g susu pekat
1/2 sudu kecil garam
40g tepung gandum
mentega untuk lenser acuan
bijan untk hiasan

Cara membuatnya
1. rebus keledek, toskan dan lecek halus
2. pukul gula dengan telur hingga gula hancur dan sedikit kembang
3. masukkan susu dan garam, pukul lagi
4. masukkan tepung gandum dan keledek sedikt demi sedikit
5. tuang dalam acuan yang sudah dilenser dengan mentega, taburkan bijan di atasnya
6. bakar pada suhu 150C selama 30minit atau hingga masak

mcm kuih bakar tapi rasa beza sikit, tetap sedap dapat hidang untuk meeting tadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...