Friday, September 14, 2012

Serunding Ikan Bilis

Anak-anak suka makan popia mini, buat sendiri memang lebih jimat belanja dan ikut selera kita tetapi perlu luangkan masa untuk menyediakan serunding dan menggulung popia tu. Bila dah siap kejap je dah tinggal sikit tapi lapang hati tu sebab anak-anak kata sedap!

Sumber: Myresipi siti nur
Olahan: Selera Dapur Kita

Bahan-bahan serunding ikan bilis
200g ikan bilis putih
20 tangkai cili kering (saya guna 2 sudu besar cili kisar Puteri)
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
6 batang serai (saya guna 3 batang serai je dan dihiris halus)
250g santan pekat
1 sudu kecil jintan (dikisar)
1 sudu kecil biji ketumbar (dikisar)
1 labu bawang besar (kuning)
garam & gula secukup rasa
1 paket kulit popia saiz kecil (saya potong 4 kemudian setiap bahagian segiempat itu dipotong 2 menjadi bentuk segitiga)
 minyak untuk menggoreng penuh

Cara membuatnya
1. Ikan bilis direndam sekejap, dibilas dan dikisar bersama bahan-bahan lain
2. Masukkan semua bahan bersama santan dan masak hingga kering dengan api sederhana
3. Kalau masih belum betul-betul halus, apabila serunding kering, kisar lagi dengan pengisar kering
4. masak hingga serunding kering
5. Lipat/simpul dengan kulit popia. Sekiranya lipat gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air sebagai gam untuk melekatkan kulit popia
6. Cara melipat popia mini - letakkan serunding dibahagian paling lebar segititiga tersebut, lipat kiri kanan dan gulungkan bahagian yg lebar tadi, sapu gam pada hujung kulit popia yg tirus.
7. Apabila popia sudah siap digulung jemurkan sekejap supaya kulit popia lebih garing apabila digoreng nanti
8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana, kulit popia mudah hangus jangan goreng terlalu lama

* Hasilnya banyak juga, sebab 1 paket kulit popia tu habis digulung tapi serunding masih banyak

sedaaapp rasa pedas-pedas sikit boleh dimakan dengan pulut atau lemang juga




krup krap krup krapp....sedap je makan nak menggulungnya lama...











9 comments:

  1. sedapnya nampak... nak try la buat tuk raya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat serunding je utk raya, popia tak sempat nak buat hehehehe

      Delete
  2. Memang terliur..Cantik dan nampak kemas sangat blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. krup krap krup krap mmg buat org lain kecur hehehe, terima kasih dan salam perkenalan

      Delete
  3. Aduh... Terliur dah.. Kena buat ni esok... Mesti sdp mkn ngan pulut kan...

    ReplyDelete
  4. mau juga belajar ni..mcm sedap ..

    ReplyDelete
  5. Kalau tak pakai lengkuas jadi tak?? Dah nak start buat tapi lengkuas lupa beli

    ReplyDelete
  6. Kalau tak pakai lengkuas jadi tak?? Dah nak start buat tapi lengkuas lupa beli

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...