Wednesday, May 25, 2011

Blueberry Cheese Cupcakes

Selepas beberapa ubahusai dari resepi ini

Bahannya
200g tepung naik sendiri
150g mentega
150g gula castor
2 biji telur
2 sudu kecil baking powder
3 keping cheddar cheese
120ml susu segar
Mangkuk kertas secukupnya
Blueberry Filling secukupnya

Cara membuatnya
1. Ayak tepung bersama baking powder
2. Racik halus cheese dan masak atas api kecil dengan susu segar, ketepikan
3. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
4. Masukkan telur satu persatu dalam adunan mentega, pukul hingga sebati
5. Masukkan tepung berselang seli dengan cheese
6. Ceduk adunan ke dalam mangkuk kertas dengan blueberry filling sebagai inti di tengah
7. Bakar secara waterbath pada suhu 170C selama 60min
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/247184_1863519201264_1639511722_1797688_7670903_n.jpg?t=1306300734
emmm yummy!

Monday, May 23, 2011

Kek Nestum Lemon Giant

Kemas dapur jumpa 1 paket besar Nestum..ntah bila lah belinya tak ingat. Muiz sorang yg makan nestum + susu, bila nk habis macam ni. Search internet Kek Nestum jumpa resepi ni, kebetulan semua bahan ada kecuali lemon, yg ada orange sunkist. Hari tu gi Giant bawa Hanna, Zaana, Fadhlan & Falihah jalan-jalan, byk pula lemon kat situ. Beli lemon tak jadi guna orange.

Bahannya
175 gm mentega
170gm gula halus (castor)
Parutan kulit dari sebiji lemon
3 biji telur saiz besar
Jus dari 1/2  biji lemon
100 gm self-raising flour
1 sudu teh baking powder
55 gm bijirin Nestum
3 sudu besar fresh milk

Cara buatnya

1. Gris bahagian tepi dan dasar loyang dan lapis dengan baking sheet - saya tak lapik tu yg hangus sikit
2. Pukul mentega dan gula halus hingga ringan dan gebu.
3. Tambah kulit lemon dan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan jus lemon dan kacau rata.
5. Kemudian masukkan tepung yang diayak bersama-sama bijiran Nestum. Kaup balik rata.
6. Kemdian masukkan susu secukupnya hingga adunan meleleh dengan mudah dari hujung senduk.
7. Ceduk adunan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya.
8. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150C selama kira-kira 1 jam hingga 1 jam 10 minit atau hingga kek masak.
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/kekNestum2.jpg

Saturday, May 21, 2011

Brownies Adinda

Lamanya tak update blog ni, bukannya tak masak...tapi baru dapat baby ler..
Kalau ke Bandung je mesti beli Brownies Amanda, sedap ler brownies dia..ni kes teringin nak makan brownies, kena la buat  sendiri. So, instead of Amanda kita bagi nama Adinda la ya ;)

200g butter
165g cocoa powder
300g light brown soft sugar
1 teaspoon vanilla extract
125g plain flour
2 eggs
50g chocolate chips
50g chopped almond

1. Line or grease a 20 x 18 cm tin. Preheat the oven to 150 C
2. Melt the butter and cocoa together in a saucepan. Add the sugar and vanilla. Mix thoroughly.
3.Remove from the heat and mix in the flour then the eggs. Pour into the pre-prepared tin.
4.Bake for 40 minutes. They are cooked when the top is slightly springy.
5.Cool and cut into 15 slices.

Resepi asal klik sini

 http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/th_225852_1831480120307_1639511722_1760435_5946998_n.jpg?t=1305957723
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...