Tempe goreng cicah sambal kicap favorite kami sekeluarga, makan dengan nasi panas dan sup ayam fuhh berselera! Last year selalu berulang ke Bandung, sampai sana tak makan lain pun tak pe asalkan dapat makan tempe & tauhu. Kenapa tempe & tauhu sana rasanya lebih sedap ya? Mungkin rempah yang diguna semasa menggoreng atau mungkin juga sebab bahan mentah sana sangat fresh. Kami suka perhatikan mereka masak, kalau order murtabak asin lebih kurang murtabak kita, tapi diaorang guna banyak daun ketumbar, masyaAllah gemuk-gemuk daun ketumbar tu! Tanah sana kan subur, tanamannya pun subur ler. Hari ni try resepi tempe dari Indonesia Eat, thank you for sharing this recipe! Ada banyak lagi resepi dari sini yang harus dicuba.
Bahannya
300 g tempe (saya guna 1 paket tempe)
2 keping tauhu (saya guna 1 keping sahaja)
Bahan perapan
2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 sudu kecil garam
150 ml air
Bahan untuk tumis
3 biji cili padi
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu kecil petis
1 sudu besar kicap manis Indonesia (saya guna kicap manis ABC)
1/2 sudu kecil garam
200 ml air
1 sudu kecil taucu (saya tambah, resepi asal tak ada)
minyak untuk menggoreng
2 sudu besar bawang goreng untuk hiasan
* Kicap manis ABC ni tak sama dengan Kicap Manis Cap Kipas Udang atau Tamin, Kicap ABC lebih pekat
1. Potong tempe dan tauhu dengan ukuran lebih kurang 2 x 4 cm, dan perap dengan garam + bawang putih selama 30 minit. Toskan air perapan kemudian goreng hingga kekuningan, ketepikan.
2. Tumbuk lumat bahan tumis (bawang merah, bawang putih & cili padi)
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau, masukkan kicap + petis + garam + taucu + air. Kacau sebati baru masukkan tempe & tauhu yang telah digoreng tadi. Biarkan sehingga rempah tumisan menjadi pekat dan agak kering barulah diangkat
4. Hiaskan dengan bawang goreng
Tak sempat nak dihias dengan bawang goreng sebab ada orang dah tak sabar nak makaann!!!
No comments:
Post a Comment