Friday, December 17, 2010

Chocolate Chip Bar

Resepi Asal klik sini

Bahannya

125g mentega
1 cawan gula (boleh dikurangkan, sukatan ini agak terlalu manis)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bicarbonate soda
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan chocolate chips

Cara membuat
1. Putar mentega, gula, baking powder, bicarbonate soda sehingga kembang
2. Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati, masukkan esen vanila
3. Masukkan tepung dan chocolate chip, gaul rata
4. Lapik dulang pembakar dengan baking paper yang telah disapu dengan mentega supaya adunan tidak melekat
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan dengan menekan sedikit adunan di dalam loyang.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 160C selama 15-18minit (saya buat 35minit)

http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/chocChipBar1.jpg?t=1292574588
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/chocChipBar.jpg?t=1292574588
Ada Cookie Monster dah makan duluuu!!!

Tuesday, December 14, 2010

Basil & Tomato Spaghetti

Spaghetti yang sangat simple. Semasa di Nagasaki dulu saya selalu ke Restoran Italian Tomato. Cuma ada 2 menu yang boleh dimakan - Basil & Tomato Spaghetti dan Ebi (udang) Cream Spaghetti, di antara 2 ni pula Basil & Tomato lebih murah, 900yen sepinggan belum masuk tax lagi yang mana kalau convert dah RM30, poket student la katakan...Bila balik ke Malaysia jumpa Italian Tomato di Jusco One Utama (old wing) tapi cuma sekejap aje lepas tu dah tutup, sempat juga saya introduce restoran tu pada hubby, tapi menu ni tak ada. Olehkerana suami memang suka western food jadi kami cuba buat sendiri berdasarkan nama menu. Adakalanya kami serve tetamu spaghetti ni, ramai pula yang suka, siap minta resepi...terasa malu la pulak sebab tersangatlah simple nya :) Dalam rancangan Jamie Oliver pun ada macam ni juga, dia guna fresh basil

1/2 paket spaghetti
3 ulas bawang putih dicincang halus
5 sudu besar minyak zaitun
2 biji tomato didadu
1 sudu kecil daun basil kering
garam secukup rasa
1/2 kg mussels (kupang) - optional (kalau tak letak kupang jadilah vegetarian menu)

Caranya
1. Rebus spaghetti dalam air mendidih dengan garam & sedikit minyak zaitun untuk mengelakkan spaghetti dari melekat. Apabila masak toskan.
2. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau, masukkan tomato biar seketika agak-agak tomato layu.
3. Masukkan daun basil & garam, gaul rata
4. Masukkan mussels (kupang) yang telah dikukus terlebih dahulu
5. Akhir sekali masukkan spaghetti
6. Tambahkan garam jika perlu
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5592.jpg?t=1292306378
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5594.jpg?t=1292306378
Saja masukkan kupang memandangkan hari tu balik Muar lalu di Ayer Keroh geram tengok kupang fresh jual tepi jalan

Monday, November 29, 2010

Mee Ketam

Olehkerana cuti sekolah, menu pun mesra kanak-kanaklah.

Bahan-bahannya
4 ekor ketam saiz sederhana
2 paket Maggi Sup Ketam & Su'un (Crab & Tanghoon)
Air secukupnya (ikut sukatan & arahan membuat sup di paket maggi)
1/2 tin cendawan
2 biji telur
1 paket Mee Kuning kering Radix HPA (1 paket ada 5 keping)
Daun bawang & ketumbar
Bawang goreng
Garam

Cara memasak
1. Bersihkan ketam & belah dua. Keluarkan isi dari sepit ketam
2. Rebus mee kuning kering Radix beberapa keping (ikut keperluan keluarga) selama 3-5 minit atau sehingga lembut. Angkat & toskan
3. Dalam periuk lain didihkan air kemudian masukkan serbuk Maggi Sup Ketam & Su'un yang telah dikacau terlebih dahulu dengan sedikit air biasa supaya tidak berketul ketika memasak sup.
4. Masukkan ketam, isi ketam, telur & cendawan sambil dikacau sehingga sup menjadi agak pekat & ketam masak.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Curahkan kuah sup ke atas mee
7. Tabur daun bawang & ketumbar serta bawang goreng
8. Hidangkan & makan dengan cili jeruk ataupun cili potong

http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5584.jpg?t=1291021282
Mee Ketam siap dihidang, ada seketul kepingan tuna yang diperap dengan sos teppanyaki & digoreng, tak letak pun tak pe...saja je sebagai starter
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/meeRADIX.jpg?t=1291021282
Mee Kuning Kering Radix HPA

Monday, November 22, 2010

Dory Creamy Mushroom Spaghetti

Buka peti ais semalam cuma ada dory fillet & crab stick lebihan buat piza kelmarin. Biasanya white sauce spaghetti ni kami guna udang tapi kali ni cuba lah dengan ikan dory, tak sangka sedap rupanya. The kidz memang suka cheese, apa saja masakan kalau ada cheese....licin, sampaikan nasi goreng pun nak makan dengan cheese. MasyaAllah, lebih omputeh dari omputeh!

Bahannya
500g  ikan dory (potong anggaran saiz 2 x 4cm, terlalu kecil ikan boleh hancur)
5 batang crab sticks
1 biji bawang besar kuning (dihiris)
5 biji cendawan dalam tin (dibelah 4)
broccoli
30g mentega
4 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar susu cair
1 kiub stok ayam
1 tin Campbell Creamy Mushroom Soup
1/2 sudu kecil Oregano
100ml Air
Parmesan Cheese
Garam, lada sulah secukup rasa
1/2 paket Spaghetti Angel Hair

Caranya
1. Rebus spaghetti dalam air mendidih yang dicampur dengan 1 sudu kecil garam + 2 sudu besar minyak zaitun
2. Tumis bawang besar dengan mentega hingga layu, masukkan ikan dory tabur sedikit garam + lada sulah sehingga ikan separuh masak
3. Tambahkan 100ml air + susu cair + broccoli + minyak zaitun
4. Apabila broccoli separa masak, masukkan Campbell Creamy Mushroom Soup yang telah dikacau dengan air terlebih dahulu. (air disukat 1 1/2 tin campbell soup)
5. Masukkan juga cendawan, crab stick, kiub ayam, garam, lada sulah sehingga sup mendidih dan agak pekat. Akhir sekali taburkan oregano.
6. Hidangkan dengan taburan parmesan cheese
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5573.jpg?t=1290398631

Saturday, November 20, 2010

Pizza Merapi

Sebenarnya piza ni simple aje, bahan-bahan semua ready made boleh dapat di kedai menjual bahan-bahan kek & kuih. Kami bagi nama Merapi sebab rasanya pedas dan makan pula time panas-panas! dan juga sempena Gunung Merapi kat Jogjakarta yang meletus pada tarikh yang sama kami berada di sana (5-11 Nov) setahun lepas...syukur tak jumpa situasi tu...

Resepi asal doh piza klik sini
  • 1 paket dry yeast (mauripan)
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 cawan air suam
  • 3 cawan tepung roti
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
Topping Piza Merapi kami gunakan
  • piza sauce (ready made)
  • Sos Thai Mae Pranom
  • Crab Stick (celur sekejap)
  • Kepingan nenas dalam tin
  • Otak-otak frozen ready made (kukus 15 minit terlebih dahulu)
  • Mozarella Cheese
    Caranya
    • Larutkan yeast + madu dengan 1/4 cawan air suam, ketepikan
    • Adunkan tepung roti, garam, minyak zaitun, campuran yeast dengan lebihan air suam tadi
    • Uli hingga menjadi doh lembut & tidak melekat pada jari
    • Tutup doh dengan kain bersih & lembap, biarkan di tempat yang sejuk selama 2 jam
    • Bahagikan doh kepada 4 bahagian (untuk piza yang agak tebal, kalau nak nipis lagi bahagikan kepada 6-8 bahagian)
    • Uli lagi doh kecil selama seminit setiap satu bahagian
    •  Tutup lagi dengan kain lembap selama 1 jam
    • Canaikan atas dulang pembakar (seeloknya saiz 8 inci) yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun
    • Panaskan ketuhar 250C
    • Sapu bahagian atas doh yang telah dicanai dengan sos piza & sos thai, susun crab sticks & nenas, akhir sekali penuhkan ruangan kosong dengan inti otak-otak. Dah penuh baru tabur cheese atasnya
    • Bakar selama 10-12 minit
    • Hidangkan & makan panas-panas! 
    http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5571.jpg?t=1290249189http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5570.jpg?t=1290249283http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5568.jpg?t=1290249346http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5566.jpg?t=1290249408
    Chicken & Beef Pepperoni Pizza for the kidz

        Monday, November 15, 2010

        Aloo Gobi

        Semalam masak Kari Kambing & Aloo Gobi. Suka sangat la makan aloo gobi, ratah begitu aje pun ok. Kalau di restoran semangkuk je dah RM7-8. Kedai mamak dekat sini dulu ada jual Puri & kuah. Kuah puri tu macam aloo gobi juga rasanya, syok betul makan tapi sejak tukang masak sudah balik negeri dah tak de jual lagi daa...:( kenalah explore masak sendiri.

        Resepi Aloo Gobi tu dapat kat sini
        Saya dah modify sikit jadi macam di bawah

        2 biji kentang saiz sederhana
        2 biji tomato
        cauliflower/kobis bunga lebih kurang sama banyak dengan kentang
        3 biji cili api
        5 sudu besar minyak masak
        1 biji bawang besar (yang warna kuning)
        2 biji bawang putih
        2 cm halia diparut (saya tumbuk lumat)
        1 sudu kecil serbuk jintan
        2 sudu kecil serbuk kunyit
        2 sudu kecil garam masala
        garam & sebuk lada putih secukup rasa
        daun ketumbar
        1 cawan air/secukupnya

        1. Potong dadu kentang, tomato, bawang besar, bawang putih
        2. Tumiskan bawang besar & serbuk jintan sehingga bawang layu, jangan sampai garing
        (camana nak tranlate melayu kalo omputeh kata 'become creamy' ?...)
        3. Masukkan serbuk kunyit, garam, cili api, bawang putih & halia
        4. Masukkan kentang dan air secukupnya untuk melembutkan kentang
        5. Apabila kentang hampir lembut/separuh lembut masukkan kobis bunga - masak hingga lembut kedua-duanya
        6. Masukkan tomato & daun ketumbar
        7. Akhir sekali masukkan garam masala & garam sekiranya perlu
        8. Gaul rata, masak sehingga air lebihan kering - angkat & hidang

        Selamat Mencuba!

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5557.jpg?t=1289811997
        Gambar blurr la pulak ...

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5558.jpg?t=1289811997
        Kari Kambing & Rebung

        Thursday, November 11, 2010

        Tempe Tumis Petis

        Tempe goreng cicah sambal kicap favorite kami sekeluarga, makan dengan nasi panas dan sup ayam fuhh berselera! Last year selalu berulang ke Bandung, sampai sana tak makan lain pun tak pe asalkan dapat makan tempe & tauhu. Kenapa tempe & tauhu sana rasanya lebih sedap ya? Mungkin rempah yang diguna semasa menggoreng atau mungkin juga sebab bahan mentah sana sangat fresh. Kami suka perhatikan mereka masak, kalau order murtabak asin lebih kurang murtabak kita, tapi diaorang guna banyak daun ketumbar, masyaAllah gemuk-gemuk daun ketumbar tu! Tanah sana kan subur, tanamannya pun subur ler. Hari ni try resepi tempe dari Indonesia Eat, thank you for sharing this recipe! Ada banyak lagi resepi dari sini yang harus dicuba.

        Bahannya

        300 g tempe (saya guna 1 paket tempe)
        2 keping tauhu (saya guna 1 keping sahaja)

        Bahan perapan
        2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
        1 sudu kecil garam
        150 ml air

        Bahan untuk tumis
        3 biji cili padi
        2 ulas bawang putih
        5 ulas bawang merah

        1 sudu kecil petis
        1 sudu besar kicap manis Indonesia (saya guna kicap manis ABC)
        1/2 sudu kecil garam
        200 ml air
        1 sudu kecil taucu (saya tambah, resepi asal tak ada)
        minyak untuk menggoreng
        2 sudu besar bawang goreng untuk hiasan

        * Kicap manis ABC ni tak sama dengan Kicap Manis Cap Kipas Udang atau Tamin, Kicap ABC lebih pekat

        1. Potong tempe dan tauhu dengan ukuran lebih kurang 2 x 4 cm, dan perap dengan garam + bawang putih selama 30 minit. Toskan air perapan kemudian goreng hingga kekuningan, ketepikan.
        2. Tumbuk lumat bahan tumis (bawang merah, bawang putih & cili padi)
        3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau, masukkan kicap + petis + garam + taucu + air. Kacau sebati baru masukkan tempe & tauhu yang telah digoreng tadi. Biarkan sehingga rempah tumisan menjadi pekat dan agak kering barulah diangkat
        4. Hiaskan dengan bawang goreng

        http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/DSCN5532.jpg?t=1289480638
        Tak sempat nak dihias dengan bawang goreng sebab ada orang dah tak sabar nak makaann!!!
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...