Wednesday, September 11, 2013

Sour Cream Chip Muffins

Assalamualaikum....

berdebu-debu dah blog lama tak jengah & update, tak tahu nak mula dari mana. Walaubagaimanapun saya ada cuba resepi ini beberapa bulan lepas sebab nak clearkan stok sour cream yg dah dalam peti sejuk tu sebelum expired. Sedap dan lembut serta gebu muffin ni dan buatnya pun mudah. Resepi dari Taste Of Home

Bahan-bahannya
1.5 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula caster
3/4 sudu kecil baking powder
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1 cawan sour cream
5 sudu besar mentega (dicairkan & sejukkan)
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan chip coklat

Cara membuatnya
1. Satukan bahan-bahan kering - tepung, gula, baking powder, baking soda dan garam dalam satu mangkuk
2. Dalam bekas lain sebatikan mentega, sour cream. esen vanilla dan telur. Guna senduk kayu atau hand whisk.
3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran bahan-bahan kering tadi, gaul rata
4. Masukkan chip coklat
5. Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas
6. Bakar dengan kepanasan 190C selama 20-25 minit (bergantung kepada oven)

1 adunan tak cukupp, kena buat lagi...;)

2 comments:

  1. sedap muffin ni.. hanya tengok sahaja dah tahu ツツツ

    kelapangan singgah ke blog kami di click http://izzium2u.blogspot.com/

    sana ada murah,,, murah,,,,murah

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...