Tuesday, January 31, 2012

Kek Lapis Hawflakes (Masam Manis)

Sudah lama kumpul semangat untuk mencuba buat kek lapis ni, satu persatu resepi puas diintai, akhirnya terpanggil untuk mencuba resepi dari blog rozzan. Ternyata tidak mengecewakan dan tidak men'trauma'kan untuk buat lagi. Saya buat separuh adunan, masa membakar juga menjadi singkat kira-kira 1 jam. Sangat-sangat rekomen bagi yang baru nak mencuba buat kali pertama, bahannya pun simple.

Bahannya

5 biji telur
60 gm gula halus
225 gm mentega
150 g biskut Marie–tumbuk halus
secukup haw flakes (lebih kurang 1 1/2 peket)
1/2 tin susu pekat manis
40 gm sekaya
1/2 sudu teh vanilla

Cara membuatnya

1. Pukul gula dgn mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji

3. Masukkan biskut tumbuk tadi dan kacau lagi hingga rata.
4. Kemudian masukkan susu pekat, sekaya dan esen vanilla.

5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan warnakan dgn warna pilihan anda

6. Alaskan loyang 9" x 9" dgn kertas minyak dan griskan pada dasar dan keliling loyang.
7. Ambil 2 senduk adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api atas sahaja 100C (suhu bergantung pada oven masing-masing - oven saya memang selalu kena rendahkan dari suhu yg dicadangkan)
8. Bakar setiap lapisan selama 5-7 minit atau hingga masak.
9. Susun haw flakes pada setiap lapisan genap
10. Apabila sudah habis melapis, untuk bakar yang akhir saya guna api atas & bawah dengan suhu tinggi sedikit dari tadi selama 10 minit (ikut oven masing-masing dan keadaan kek lapis ketika itu)

tadaaa!!! happy sangat sebab menjadi dan sedap rasanya!

2 comments:

  1. sedapnyer kek nie...saya selalu jugak buat tapi kukus je...pernah sekali je try bakar tapi agak kering....

    ReplyDelete
  2. wahh Cekgu Maz dh buat byk kali, saya baru 1st time buat kek lapis, masih byk yang perlu dibaiki...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...