Monday, January 9, 2012

Blueberry Cream Cheese Cake

Jumaat lepas hubby beli fresh blueberry 3 kotak RM20. Sekotak tu isinya dalam 1 cawan. Tak tau lah murah ke mahal sebab tak pernah beli sebelum ni. Sebab takut cepat rosak Sabtu lepas saya buat kek yang menggunakan fresh blueberry dari resepi di sini. Kebetulan semua bahan pun ada stok di rumah.

Bahan-bahannya
1 cawan fresh blueberry
1/4 cawan jus epal (saya guna jus mangga-boleh guna apa-apa jus)
1sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan 2 sudu kecil air)
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (bahagikan 3/4 cawan & 1/4 cawan)
115g mentega beku (dipotong dadu)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil parutan kulit lemon
3/4 cawan plain yogurt
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
170g cream cheese
1 sudu kecil jus lemon
1/2 cawan kepingan badam

Cara membuatnya
1. Mula-mula buat topping blueberry.  Panaskan periuk kecil, masak blueberry dengan jus dan tepung jagung hingga mendidih dan pekat (api kecil dan jangan masak lama sangat nanti blueberry jadi terlalu lembik). Ketepikan dan biar ia sejuk
2. Masukkan tepung, mentega dan 3/4 cawan gula ke dalam mangkuk dan gaul guna hujung-hujung jari macam nak buat pastri. Dah sebati ambil 1/2 cawan campuran tadi dan ketepikan (akan digaulkan dengan kepingan badam)
3. Masukkan baking powder, baking soda, garam dan parutan kulit lemon ke dalam baki campuran tepung-mentega dan gaul rata
4. Dalam mangkuk lain, dengan menggunakan mixer elektrik, pukul 1 biji telur + yogurt + esen vanila hingga sebati dan tuangkan ke dalam campuran tepung-mentega-baking powder tadi. Kacau rata dan tuangkan adunan ke dalam acuan pembakar jenis loose base 9 inci yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu
5. Gunakan mangkuk pengadun yang sama, pukul cream cheese + 1 biji telur + 1/4 cawan gula + jus lemon hingga gula hancur dan berkrim. Tuangkan ke dalam acuan pembakar menimpa adunan yang pertama tadi.
6. Tuangkan topping blueberry di tengah-tengah adunan cheese pula
7. Gaulkan kepingan badam dengan 1/2 cawan campuran tepung-mentega dan tabur keliling tepi adunan
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150-170C selama 30-40 minit atau hingga masak

emmm yummy nyummy!!

serving untuk 10-12 orang, cake ni sedap & agak mengenyangkan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...