Thursday, January 5, 2012

Almond Biscotti

Best! Best buat biskut ni, senarai bahan sikit, buat pun mudah, rasa pun sedap, tak manis sangat & berkhasiat pula tu! Makan badam selalu untuk kecerdasan minda, menajamkan fikiran dan mudah menghafal. Bab nak slice je payah sikit, badam tu keras nak kena guna pisau tajam dan tekan kuat-kuat. Kawan saya yang bagi link resepi ini Tq Nana!

Bahan-bahannya
3 biji putih telur
100g gula halus
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
120g tepung gandum
150g badam (whole almonds)

Cara membuatnya
1. Putar putih telur dengan gula, esen vanila dan garam sehingga kaku (meringue)
2. Kaup balikkan tepung gandum hingga sebati
3. Masukkan badam, gaul rata
4. Tuang dalam loyang pembakar saiz 7 inci
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 25 minit atau sehingga adunan berwarna perang muda
6. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai
7. Bungkus dengan aluminium foil dan simpan beberapa jam atau semalaman dalam peti sejuk
8. Keluarkan dari peti sejuk dan potong adunan nipis-nipis dengan pisau tajam
9. Susun atas loyang pembakar dan bakar lagi  selama 20 minit pada suhu 140C atau hingga garing
10. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

krup krap krupp kraapp...rangupnya....

1 comment:

  1. Mohon Share yer ..suka blog ni..byk resepi yang kreatif

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...