Sumber: Handle The Heat
Bahannya (saya buat 1/4 adunan dari resepi asal)
230g cream cheese
27g gula castor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 cawan plain yogurt
secubit garam (saya terlupa letak)
biskut oreo secukupnya
Cara membuatnya
1. Putar cream cheese dengan gula hingga gula hancur
2. Masukkan telur + esen vanila dan putar sebati
3. Masukkan yogurt dan garam, putar lagi
4. Masukkan 3 keping oreo yang dicincang kasar, gaul dengan sudu sahaja
5. Letakkan sekeping oreo dalam setiap mangkuk kertas sebagai dasar cupcake, kemudian penuhkan dengan adunan cream cheese tadi
6. Bakar pada suhu 135C selama 22 min (saya bakar pada suhu 90C selama 30 min)
7. Sejukkan pada suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
8. Tunggu apa lagi, ngap ler! hehehehe
![]() |
......:) |
kak, ada resepi kek daim x?
ReplyDeletekalau ada, akk x keberatan, email kat saya bole? rusyadahsujarwi@gmail.com
=)
terliur la...
ReplyDeleteNur hidayah, cubalah buat, simple je :)
Deletesyadaa: akak pun masih mencari resepinya....nanti dh ada akak email ya
ReplyDeletenur hidayah: try le buat mudah aje...:)