Tuesday, August 9, 2011

Tepung Pelita

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Sebenarnya.....ni projek hujung minggu lepas, tak sempat nak terus update. Masak di kampung untuk berbuka puasa. Kali ni 1st time buat tepung pelita dgn acuan daun pisang. Tangan yg tak seni ni herot-berot acuan tu jadinya. Yang penting rasanya lebih sedap dalam daun pisang dari bekas plastik.

Resepinya asal di sini

Bahan-bahannya
Bahagian bawah warna hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
4cawan air
4 helai daun pandan diparut, campur 1 cawan air, kemudian ditapis

Bahagian atas warna putih
4 sudu rata tepung beras
4 cawan santan dari sebiji kelapa
secubit garam

Cara membuatnya
1. Masak bahagian bawah dahulu, campurkan semua bahan, kecuali tepung jagung.
2. Masak hingga gula larut dengan api kecil, lepas tu baru masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedkit air
3. Masak hingga pekat & berkilat. Adunan akan meletup-letup menandakan sudah cukup masak
4. Tuang adunan hijau ke dalam acuan daun pisang dengan cepat dan berhati-hati kerana adunan akan cepat beku dan sukar untuk diratakan
5. Masak bahagian atas pula, campurkan semua bahan, masak dengan api kecil sehingga pekat & tanak
6. Setelah  masak tuang menutupi bahagian berwarna hijau tadi, biarkan sejuk

puas melipat acuan ni....banyak tapi tak lebih 50 bekas
Dah siap.....gambar blurr pulak 
dalam cerita P Ramlee..."muka kau dah macam tepung gomak!"...inilah dia rupanya kuih tepung gomak tu, mak buat pada hari yang sama

4 comments:

  1. Mmm.. Sedapnyer.. Iera pun nak try la one day nnti.. Nk wat utk juadah berbuka puasa.. :-)

    ReplyDelete
  2. mmg sedap Iera....favorite kami sekeluarga ni :)

    ReplyDelete
  3. studying abroad in US and kempunan nak mkn. thanks for the resipi! yay!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...