Resipi asal di sini
Bahan-bahannya
3 cawan (750g) ubi kayu diparut
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan santan
3 sudu besar minyak masak
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur
3 titik pewarna kuning
sedikit mentega untuk ditabur di atas adunan
Caranya
1. Parut ubi dan sukat
2. Masukkan telur, gula, garam dan pewarna kuning - gaul sebati
3. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil adunan di kacau rata
4. Masukkan minyak masak 1 1/2 sudu besar. Gaul sebati
5. Sapu rata loyang dengan lebihan minyak masak tadi
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan
7. Taburkan mentega beku yang diracik ke atas permukaan adunan
8. Bakar dalam ketuhar 190C dengan api atas dan bawah selama 1 jam
Api bawah oven saya tidak berfungsi jadi bawah tak garing.... |
kalau x de parut agak2 leh blend x kak? =D
ReplyDeletesaya rasa boleh, tp kena cincang halus agar tidak membebankan blender nanti cepat rosak
Delete