Sempena Hari Guru esok ni anak-anak minta buatkan sesuatu untuk guru mereka. Pernah dulu buat
Truffles tapi nak di bawa ke sekolah rasanya mudah sangat lembik/cair. Jadi cuba-cuba lah buat homemade chocolate praline ni. Ahad lepas dah test, anak-anak cakap macam 'Snickers' lah!
Bahan untuk Caramel - Sumber:
nzfavouriterecipe
1/2 tin susu pekat manis
60g mentega
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar
maple syrup
1 sudu kecil tepung jagung
Kacang tanah secukupnya (dicincang kasar)
Cara membuatnya
1. Campurkan semua bahan kecuali kacang dan masak dengan api kecil/sederhana sehingga pekat. Adunan hendaklah dikacau selalu agar tidak berketul
2. Biarkan sejuk, baru masukkan ke dalam piping bag
Bahan untuk coklat
1 kg coklat (apa-apa jenis)
1 sudu besar cocoa butter
Cara membuat coklat
1.Cairkan coklat milk compound/dark chocolate/white chocolate yang sudah dicincang halus, campurkan sedikit cocoa butter sebagai pengilat. ( 1 kg coklat memerlukan 1 sudu besar cocoa butter)
2.Cairkan dengan kaedah double boiler. Masak air hingga mendidih, tutup api dan letakkan mangkuk berisi coklat ke atas periuk/bekas air panas tadi. (bekas air panas hendaklah lebih kecil daripada bekas coklat)
3. Kacau sehingga coklat benar-benar cair dan sebati dengan cocoa butter
4. Tuang sedikit coklat ke dalam acuan- anggaran 1/4 isipadu acuan, kemudian lenggang-lenggangkan acuan supaya coklat dapat menutupi seluruh acuan
5. Simpan dalampeti ais selama 1 minit
6. Keluarkan dari peti ais dan isikan kacang serta caramel, ketuk-ketuk/hentak-hentak perlahan acuan. Kemudian penuhkan acuan dengan coklat menutupi seluruhnya. Hentak-hentak lagi acuan untuk mengeluarkan gelembung udara
7. Simpan dalam peti ais selama 3 minit.
8. Siaplah, hias sesuka hati jika mahu. Simpan dalam peti sejuk

nampak berwap tu baru keluar peti sejuk, akan update gambar chocolate praline yang dipotong tengah supaya nampak isi dalamnya....:) "Selamat Hari Guru!"