Tuesday, February 21, 2012

Strawberry Swiss Roll

Buat sponge cake tu tak susah tapi nak roll memang suspen! Masa panaskan oven terlupa nak ubah api atas bawah, jadi tak perasan cuma api atas sahaja, patut ler belah atas cepat sgt gelap sampai hangus sedikit kulit atasnya , dalam 5 minit baru ubah api atas bawah. Agak-agak dah sejuk baru lah roll, alhamdulillah...jadi cuma filling tu tebal sangat comot hujung kek.

Sumber: My Kitchen

Bahan Sponge Cake (loyang 12 x 9 inci)
4 biji telur
80g gula castor
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen strawberry
100g tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
60g mentega - dicairkan & sejukkan

Bahan filling
3/4 cawan whipped cream
3 sudu besar gula icing
fresh strawberry secukupnya - dicincang 

Cara membuatnya
1. Putar telur, gula, ovalette hingga kembang
2. Masukkan esen strawberry sambil diputar lagi
3. Ayak tepung, baking soda & baking powder
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur
5. Tuangkan mentega cair, kacau rata
6. Tuang dalam loyang pembakar yang sudah dilapik dengan kertas dan bergris dengan mentega
7. Bakar pada suhu 100C (api atas), lepas 5 minit baru tukar api atas bawah 130C (*utk catatan saya, boleh rujuk pada resepi asal)
8. Putar whipped krim dan gula hingga kaku
9. Apabila kek sudah sejuk sedikit, terbalikkan di atas kertas minyak yg bersih dan tanggalkan kertas minyak bahagian dasar kek. Sapukan filling ke atasnya dan taburkan strawberry cincang. Gulung perlahan-lahan agar tidak pecah.
10. Sejukkan kek dalam peti sejuk sebentar sebelum dipotong-potong

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...