Wednesday, June 1, 2011

Puyuh Percik Ala Kelantan

Ayam percik ialah lauk popular masa puasa, waktu biasa susah nak jumpa. Teringin la pulak nak makan....search internet dapat resepi dari Try Masak. Ada video cara memasak cukup mudah for beginner, try lah!

Bahan untuk Puyuh
1) 6 ekor burung puyuh
2)
4 ulas Bawang putih
3)
2 cm Halia
4) Garam
5)
4 batang Serai - untuk mengalas periuk

Bahan untuk Kuah Percik
1)
2 cawan Santan  
2) 2cm Halia - dihiris nipis
3)
4 ulas Bawang Merah - dihiris nipis  
4) 4 batang Serai - dihiris nipis 
5) Gula dan garam secukup rasa

Cara membuat Kuah Percik
Kisar serai, halia dan bawang merah bersama sedikit air hingga hancur sebati
Masak bahan kisar dengan santan, garam dan gula. Kacau rata dan ketepikan sementara


Cara memasak puyuh
Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur, dan masukkan sedikit garam. Gaulkan puyuh bersama bahan-bahan ini.

Selepas itu, masukkan sedikit air ke dalam periuk yang dialas dengan serai dan aturkan puyuh di dalamnya. Kemudian curahkan sedikit, bahan untuk kuah percik tadi ke atas puyuh


Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana sehingga puyuh empuk

Sambil itu masak kuah percik tadi sehingga separa masak.
Kacau sentiasa supaya santannya tidak berketul dan ketepikan dahulu

Apabila puyuh tadi telah empuk, angkat dan aturkan di atas penyepit untuk dibakar.

Panggang puyuh tersebut dan balik- balikkan sehingga kedua-dua belah bahagian bertukar warna.

Seterusnya, curahkan kuah percik sehingga menyaluti keseluruhan puyuh tersebut dan bakar lagi sehingga kuah tersebut agak kering. 

Dah siaaapp....:)
http://i191.photobucket.com/albums/z94/prosperx/SeleraDapur/38118_1416683030639_1639511722_986899_6808081_n.jpg?t=1306891886

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...