Friday, July 27, 2012

Chocolate Tart

Selamat berpuasa!!! Kejap je dah 7 Ramadhan, baru ler sempat nak update. Ini pun simple je manisan iftar seminggu lepas. Tart shell ni saya order dari sepupu di JB, bagi kami sekeluarga memang sedap dan rapuh pastrinya. Sesiapa berhajat boleh order tart shell dari Lin delicioushalalcake.blogspot

Bahannya
Tart shell
Almond slivers (dibakar sekejap) secukupnya
75g Whipping cream
125g Dark chocolate
1 sudu besar Cocoa butter/butter

Cara membuatnya
1. Bakar tart shell 5 minit (untuk mendapatkan kerapuhan pastri semula)
2. Bakar almond 5 minit (selepas bakar tart shell, saya tutup oven dan biarkan almond dalam oven - untuk mengelakkan terhangus)
3. Masak ganache secara double boiler - coklat, cream dan cocoa butter dikacau hingga larut dan rata semuanya
4. Masukkan ganache ke dalam piping bag
5. Isi almond yang telah dibakar ke dalam shell.
6. Penuhkan shell dengan ganache
7. Masukkan dalam freezer 2-3 minit untuk keraskan ganache
8. Hiaskan sesuka hati - saya hias dengan cream cheese lebihan buat cheese tart

sebelum isi ganache

dah siaappp....:)


3 comments:

  1. Replies
    1. cocoa butter ada jual kat bakery, biasa dicampur sedikit semasa membuat coklat untuk mengilatkan coklat. kalau tak ada boleh je guna butter/shortening

      Delete
  2. klau nk jual untuk raya x cair ke???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...