Buat biskut ni sempena German kalah dalam perlawanan bola baru-baru ni.....boleh ke? Memang sedap, cair dimulut! Satu adunan tu sekelip mata je abis. Ramai blogger masak telah mencuba resepi ini, Hasue, Kak Nor Secubit Garam, Ros Jintan Manis dan ramai lagi, rugi tau tak cuba....:)
Bahannya
125 gram mentega
125 gram tepung kentang
80 gram tepung halus (superfine)
40 gram gula icing (saya guna gula castor)
Caranya:
1. Ayak tepung kentang & tepung superfine
2. Putar mentega + gula hingga kembang
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, adun sebati
4. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat-bulat, susun di loyang pembakar,dan tekan dengan garfu di atasnya
5. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit, atau hingga garing
6. Keluarkan dan sejukkan. Biskut ni sangat rapuh dan mudah pecah
No comments:
Post a Comment