Teringin pula nak rasa yang ini
Bahannya
150g biskut marie coklat
50g mentega
Filling
500g cream cheese
165g gula castor
1 sudu kecil vanila extract (saya guna esen vanila)
2 biji telur (gred B)
1 sudu besar tepung gandum
60g pecan (disangai garing dan cincang halus)
Butterscotch Topping
75g gula perang
40g mentega
1 sudu besar whipping cream
Cara membuatnya
1. Kisar halus biskut, gaulkan mentega hingga adunan boleh dikepal dan tekan sebagai asas dalam loyang jenis springform tin saiz 20cm. Tekan padat dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
2. Untuk membuat filling: putar cream cheese + gula + vanila esen hingga gula hancur dan adunan halus. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian gaulkan tepung dan pecan menggunakan spatula sahaja
3. Keluarkan loyang berisi biskut dari peti sejuk dan tuangkan adunan cheese.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 140-160C selama 45 minit
5. Bila kek sudah masak, biarkan kek dalam oven dengan penutup oven terbuka
6. Apabila kek sudah sejuk, buat buterscotch topping - panaskan dengan api kecil semua bahan dalam periuk kecil sehingga sebati dan gula larut.
7. Tuang dan ratakan topping ke atas kek
8. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang
tak sangka anak-anak suka kek ni! saya buat 1/2 adunan dan saiz loyang kurang sesuai 8 inci => kek jadi nipis, utk separuh adunan seeloknya guna loyang 6 atau 7 inci |
No comments:
Post a Comment