Wednesday, February 29, 2012

Hazelnut Cream Cheese Brownies

Sekali lagi terima kasih kepada Tia The Baker kerana berkongsi resepi dari Fat Witch Bakery Cookbook. Jauh nun kat New York letaknya bakery ni, kalau dapat pergi pun belum tentu boleh makan brownies ni kan? Rasanya ok tak manis sangat dan mengenyangkan sebab padat dengan hazelnut :)

Bahannya
Filling:
85g cream cheese
1/4 cawan gula castor
1 biji telur gred A
2 sudu kecil jus lemon
1/4 cawan hazelnut (dicincang kasar)

Brownies:
1/2 cawan dark chocolate
75g mentega
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan hazelnut(dicincang kasar)

Cara membuatnya
1. Putar cream cheese dengan gula hingga licin. Masukkan telur & jus lemon, putar lagi. Bila sudah sebati gaulkan hazelnut. Simpan sebentar dalam peti sejuk
2. Cairkan coklat + mentega - biarkan sejuk (jangan sampai beku)
3. Putar telur + gula hingga gula hancur. Tuangkan campuran coklat+mentega, putar lagi. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan tepung+garam yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Gaul rata
4. Akhir sekali masukkan hazelnut.
5. Gris loyang dan tabur tepung sedikit, tuangkan 1/2 adunan brownies, kemudian tuang filling cheese dan tutup dengan baki adunan brownies. Swirl gunakan pisau mentega - buat pergerakan depan belakang kiri-kanan pada adunan. (Saya pun tak pandai menda ni, mcm tak jadi je hehehe...) Bakar pada suhu 130C selama 30 minit



love this!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...